Tuesday, March 01, 2011

HINDRAF GAGAL PENGARUHI SENTIMEN PENGUNDI INDIA DI DUN MERLIMAU DAN KERDAU – SIAPAKAH PENAJA UTAMANYA?



Salam semua…
Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya provokasi yang dilakukan pertubuhan haram Hindraf dalam perarakan tanpa permit di ibu negara kelmarin tidak memberi kesan kepada pengundi India di Merlimau dan Kerdau.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, masyarakat India di negara ini diyakini tidak terpengaruh dengan taktik Hindraf tersebut kerana 'tahu apa sebenarnya yang berlaku'.
"MIC pula membuat pendirian yang betul dengan bersama-sama kerajaan.
"Hindraf cuma nak buat situasi seolah-olah negara macam tidak aman dan jelas mereka tidak mendapat sokongan daripada majoriti kaum India," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru kepada 586 guru besar sekolah rendah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini hari ini.
Semalam, tindakan pantas polis bertindak menahan individu yang cuba berhimpun selain penutupan jalan raya berjaya mengagalkan perhimpunan dan perarakan tanpa permit anjuran Hindraf di sekitar ibu negara.
Dalam insiden tu, seramai 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf ditahan mengikut Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dipercayai menganjurkan perhimpunan haram itu.
Bagaimanapun, 101 daripada mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.-Utusan.


                    

No comments: