Tuesday, March 01, 2011

MAKIN HAMPIR (SIRI 6)- AMPUNYA IDENTITI ‘LELAKI Y’ AKHIRNYA AKAN DIDEDAH JUGA…








Salam semua…
Pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan beberapa eksibit yang mungkin mendedahkan identiti `Lelaki Y’ melalui profil DNA, yang air maninya ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pendakwaan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya akan memanggil saksi baru memberi keterangan berhubung sampel terbabit hari ini. Sehubungan itu, sampel seperti sehelai tuala `Good Morning’, sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala dan sebotol air mineral mungkin mendedahkan identiti `Lelaki Y’. Mohamed Yusof memaklumkan perkara itu selepas mahkamah selesai mendengar keterangan lima saksi pendakwaan semalam.




Terdahulu, dua penganalisis forensik digital memberitahu mahkamah terdapat perbezaan masa dalam rakaman kamera tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara dengan standard waktu tempatan (MSM)).
Perbezaan itu ialah 19 minit lewat di CCTV pejabat pengurusan kondominium dan sembilan minit 15 saat di pondok pengawalnya berbanding komputer riba milik mereka.
Pengurus operasi forensik digital Mohd Zabri Adil Talib, dari syarikat Cyber Security Malaysia, berkata masa tercatat di komputer ribanya adalah sangat tepat dan mengikut waktu MSM, selain diperoleh daripada Jabatan Metrologi yang diselaras oleh SIRIM.
eliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

No comments: