Sunday, March 06, 2011

PAS PERLU SEDAR DAKWAHNYA KEPADA DAP SERUPA MENCURAH AIR DI DAUN KELADI…


Salam semua…
PAS akan membawa isu perjudian di negara ini ke mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk diselesaikan dengan baik.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataannya berkata, PAS tahu, sikap Umno dan BN menghalalkan judi sebab itu lesen-lesen perjudian di keluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
"Kita mahu Pakatan Rakyat mempunyai sikap yang tegas dan berbeza dengan BN dalam hal ini," kata beliau dalam kenyataannya itu.
Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan telah mengambil tindakan terhadap premis yang menjual tiket-tiket perjudian di Kelantan.
Ekoran itu, beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan yang terakhir adalah kenyataan Karpal Singh, pengerusi DAP semalam yang mempertikaikan tindakan Kelantan itu.
"Suka saya maklumkan di sini, menjadi polisi kerajaan negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu untuk menentang sebarang bentuk perjudian.
"Bagi saya, isu ini perlu dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dan tidak terbatas kepada Islam dan bukan Islam atau Melayu dan bukan Melayu sahaja.
"Apa yang perlu dilihat adalah kesan buruk daripada perjudian. Pada saya ia ditolak semua agama dan oleh prinsip kemanusiaan untuk wujudkan keluarga, masyarakat dan negara yang baik," kata beliau dalam kenyataannya itu.-Harakah
P/S - Kekalahan PAS di dua-dua DUN Merlimau dan Kerdau telah membuktikan bahawa orang Melayu yang pernah mengundi PAS dalam PRU 12 dulu telah menolak kerjasama PAS dengan DAP yang nyata menolak dasar-dasar Islam .
Dalam PAS bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk PRU 13, DAP sekutu kuatnya telah memberi signal yang jelas bahawa mereka menolak dasar membangun bersama Islam yang dibawa oleh PAS sampai bila-bila.
Kalau PAS ikhlas untuk memperjuangkan syiar Islam, kenapa masih mahu menjadikan DAP sebagai Punggok Rindukan Bulan?  kenapa tidak memilih UMNO sahaja? Pelik sungguh PAS ni, yang senang jadikan susah. Yang susah pula nak dijadikan senang. 'Last-last' sekali, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.

No comments: