Thursday, March 17, 2011

ALASAN ANWAR BAHAWA KERAJAAN AKAN MENYALAHGUNAKAN SPESIMEN DNA NYA HANYA SATU HELAH . BELIAU BOLEH LANTIK BADAN BEBAS, JADI APA MASALAHNYA?


Salam semua…
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan individu lain dalam usaha 'menyelamatkan' diri daripada menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah disifatkan sebagai langkah terdesak dan kebudak-budakan.
Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, Anwar tidak sepatutnya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana kedua-dua mereka tidak pernah dituduh di mahkamah.
Sehubungan itu, kata Zaid, Anwar sepatutnya menyerahkan sampel DNA beliau bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dan tidak mengaitkan orang lain ketika diminta oleh pelbagai pihak untuk berbuat demikian.
“Tindakan (mengaitkan orang lain) itu satu perbuatan desperate dan kebudak-budakan. Malah Perdana Menteri mahupun Rais tidak pernah dituduh berhubung apa-apa kesalahan di mahkamah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zaid mengulas tindakan Anwar yang mengaitkan Perdana Menteri dan Rais ketika cuba mengelak cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan DNA secara sukarela kepada mahkamah bagi membuktikan siapakah lelaki 'Y’ seperti yang disebut dalam kes liwat yang sedang dihadapinya kini.
Kelmarin, Ketua Pembangkang itu ketika diasak oleh wartawan berhubung gesaan tersebut cuba mengaitkan isu DNA dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu serta dakwaan tidak berasas berhubung tuduhan rogol membabitkan pembantu rumah Rais.
Dalam pada itu, Zaid memberitahu, beliau hairan dengan keengganan Anwar untuk menyerahkan sampel DNA itu sedangkan ia penting dalam menyelesaikan kes perbicaraan membabitkan dirinya.
Ujar beliau, alasan Anwar bahawa kerajaan akan menyalahgunakan spesimen DNAnya itu langsung tidak masuk akal.
“Mungkin beliau takut akan kebenaran kerana bagi bagi saya kalau sesuatu bukti itu boleh menolong membebaskan seseorang yang dituduh, maka bukti itu wajar diberikan.-Utusan
P/S – Alasan Anwar bahawa beliau takut kerajaan akan menyalahgunakan spesimen DNAnya memang tidak masuk akal kerana beliau dan mahkamah  boleh melantik mana-mana badan bebas bagi menjalankan ujian tersebut. Memang betul kata Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim bahawa Anuar mungkin takut akan kebenaran kerana  kalau sesuatu bukti itu boleh menolong membebaskan seseorang yang dituduh, maka bukti itu wajar diberikan…Jadi apa masalahnya?

4 comments:

Mordecai Kucai said...

Sebab tu lah dia kuat berjubur di tanah air sendiri kerana pada hematnya kerajaan dan sistem kehakiman Malaysia ini pincang.

Pandai dia sambil menyelam minum air.

Dia fikir dia pasti lepas.

Anonymous said...

Sejak awal perbicaraan lagi Anwar Ibrahim telah menunjukan bukti-bukti awal yang beliau tidak akan memberikan kerjasama kepada pihak pendakwaan untuk menafikan tuduhan liwat dengan buktinya sekali. Penolakan bahan bukti semasa proses trial within trial telah mengesahkan tanggapan umum Anwar memang sengaja mencari alasan untuk tidak memberikan sampel darah untuk ujian DNA.

Keengganan Anwar untuk bekerjasama dengan mahkamah dan pihak pendakwa untuk mengesahkan siapa sebenarnya lelaki luar telah menumbulkan banyak persoalan kalangan rakyat jelata. Anwar mudah memusing isu konon sampel DNA beliau akan di manipulasi oleh pihak kerajaan untuk menjerat beliau dalam perbicaraan kes liwat berkenaan. Apakah itu merupakan satu masalah kepada Anwar atau Anwar sangat bimbang kisah lama beliau akan terbongkar. Mungkin ianya ada kaitan dengan kes liwat lampau dan masih ramai pengadu yang akan tampil membuat laporan polis atas dakwaan di liwat oleh Anwar Ibrahim.

Untuk mendapat keadilan di kedua belah pihak individu yang mampu memainkan peranan ialah Anwar sendiri dengan sukarela menyerahkan sampel darah untuk ujian DNA. Bagaiaman pun pihak mahkamah memang ada kuasa untuk memerintah Anwar untuk serahkan sample berkenaan tetapi bunyinya kasar sedikit bila di perintahkan.

Apakah mangsa liwat seperti Saiful akan terbela atau sebaliknya di biarkan ked ini menghantui hidupnya di sepanjang hanyat. Undang-undang sepatutnya untuk tegakkan keadilan yang di tuntut oleh Anwar Ibrahim. Ketelusan semua pihak amat penting untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim untuk melayakkan beliau memimpin negara nanti.

Anonymous said...

masalahnya mana nak letak muka???...selama ini selalu sgt membohongi rakyat...

Mohd said...

Mahkamah akan mengarahkan Anwar utk menyerahkan sampel DNAnya.
Habis cerita!