Monday, March 28, 2011

MANA AIR PERCUMA?. .INGAT, PILIHANRAYA UMUM DAH DEKAT….



Salam semua…
Meskipun sudah tiga tahun pembangkang memerintah negeri ini, masih ada penduduk tidak mendapat bekalan air percuma bagi 20 meter padu seperti dijanjikan menerusi manifesto Pilihan Raya Umum pada 2008.
Penghuni sebuah pangsapuri di Pandamaran di sini, yang kebanyakannya berpendapatan rendah, misalnya masih belum menikmati kemudahan itu ketika sebahagian besar penduduk termasuk pemilik rumah mewah menerima keistimewaan berkenaan. Ini berikutan pangsapuri berkenaan menggunakan meter pukal, di mana penghuni tidak mempunyai akaun individu.
Berikutan itu, pengurusan bangunan yang tentukan jumlah setiap penghuni perlu bayar berdasarkan caj keseluruhan yang dikenakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Penghuni terbabit mendakwa pihak persatuan penduduk taman itu sudah banyak kali membuat permohonan kepada kerajaan negeri, tetapi gagal dan terpaksa membayar bil air kepada pengurusan pangsapuri pada harga tidak munasabah.
Kinana Asari, 39, berkata penghuni pangsapuri itu sudah lama menantikan bekalan air percuma, tetapi sehingga kini belum menjadi kenyataan.
Katanya, kelewatan kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka menyebabkan penghuni terpaksa berdepan caj tinggi berbanding caj biasa dikenakan SYABAS.
“Pihak pengurusan sewenang-wenangnya meletakkan caj bil air tanpa merujuk kepada meter. Jadi bil air tidak konsisten berikutan pangsapuri ini menggunakan meter pukal,” katanya. – Berita Harian
P/S – Inilah yang dikatakan janji pilihanraya. Kita tengok kempen PRU13. Apa pula janji mereka?....

No comments: