Thursday, March 31, 2011

ANUAR TIDAK BERUPAYA MENJAWAB SOALAN MAUT ESKAY, TERPAKSA GUNA KHIDMAT PEGUAM?


Salam semua…
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah amaran supaya berhenti daripada membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan mengenai perjalanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ke Thailand atau ke mana-mana bahagian di dunia ini.
Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.
Dua “Datuk T” ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
R. Sivarasa  berkata tiada pihak yang waras sanggup menjawab persoalan-persoalan sedemikian, yang seolah-olah memperlihatkan keberanian ahli perniagaan itu.
“Begitu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinasihatkan supaya tidak respons kepada kebodohan Eskay,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
“Jika Eskay ada dakwaan khusus untuk dibuat, maka dia harus membuat dan (harus) menghadapi kesannya, perundangan ataupun sebaliknya,” kata beliau lagi.
Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata Shazryl Eskay nampaknya menikmati manfaat daripada imuniti disediakan Barisan Nasional (BN) daripada dakwaan jenayah meskipun secara terbuka mengaku melakukan jenayah memiliki video lucah dan mempertontonkannya kepada umum.
“Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas,” kata beliau lagi.
Blog Kickdefella memetik Shazryl Eskay berkata beliau mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar, Ketua Umum PKR sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”
Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay dipetik blog tersebut.
“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.
“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa-Malaysian Insider
P/S- Hairan, tidak seperti kenyataan dan penafiannya yang berdegar-degar sebelum ini, kenapa kali ini Anuar terlalu berhati-hati dan tidak memberikan kenyataannya sendiri dalam menjawab soalan-soalan maut Eskay,  bekas kawan karibnya? Terpaksa guna Sivarasa? Mana perginya Karpal?

2 comments:

Anonymous said...

Berani kerana benar. Kalau akulah jdi AlJub, dah buat penafian dan jawa aje soalan-soalan cepumas tu. Bukan susah sangat jawapan2 nya ialah...jeng...jeng..Beritahu Dato tu itu RAHSIA HAMBAAAA...KAMU PEDULI APA...YANG BAYAR KAMU NANTI AKU JADI PM AKU BAYARLAH BALIK DUIT KAMU TU...he..he..

daturaainoxia said...

kenyataan peguam dan tindaktanduk anuar dah menampakan siapa pelakun video lucah tuh..
rakyat semakin yakin 101%
nwar harus bertaubat