Sunday, May 08, 2011

“Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP?” soal Ustaz Idris kepada Datuk Seri Hishammuddin dengan nada bongkak! Baca untuk jawapan seterusnya…



Salam semua…
Nak tahu jawapannya…mereka tak perlu belajar di mana-mana sekolah. Hanya perlu ambil ikhtibar daripada kekalahan PAS di PRN Sarawak. Apa yang diperhatikan, orang Melayu BN dan PASlah yang bersusah payah berlawan sesama sendiri, apa yang nyata, akhirnya DAPlah  yang memperkuatkan kuasa mereka di Sarawak. Ini baru satu contoh. Malah, perkara yang sama juga akan berlaku di mana-mana negeri di Malaysia. Bagi DAP kemenangan parti PR yang lain hanyalah sebagai imbuhan bonus untuk mereka raikan kerana mereka (DAP) sebenarnya tidak akan rasa rugi apa-apapun.
Ustaz Idris perlu tahu keikhlasan DAP. Walaupun cadangan ini tidak logik, tapi kalaulah DAP betul-betul ikhlas nak bantu PAS dalam semangat PR, mereka (DAP) sepatutnya merelakan diri mereka berlawan dengan BN di kawasan orang Melayu dan biarkan PAS pula bertanding di kawasan bandar yang majoritinya orang-orang Cina. Dari sini bolehlah mereka tahu sama  ada kaum Cina betul-betul ikhlas menyokong PAS atau tidak. Takkanlah daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh DAP, satu kerusipun tidak boleh diberikan kepada PAS? Di samping itu juga, satu kemenangan ADUN PAS di kawasan Cina akan menguji betul atau tidak sama ada DAP mengamalkan politik rasis dan bersedia menerima pemimpin PAS sebagai pemimpin mereka dalam semangat setiakawan PR.
Ternyata strategi politik licik DAP ini banyak memberikan signal bahawa DAP sebenarnya dalam proses mendominasi PR secara senyap-senyap malangnya, ianya tidak dapat dibaca oleh pemimpin PAS. Inilah yang perlu diajar kepada pemimpin-pemimpin PAS.
Jadi kenyataan Ustaz Idris kepada Datuk Seri Hishammuddin melalui ungkapan “Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP”… ternyata salah dan perlu diambil ikhtibar oleh PAS…kerana melalui perkiraan di atas, DAP sebenarnya tidak kisah samada BN menang ke!, PAS menang ke!, …DAP sebenarnya dalam apa keadaanpun akan bertambah kuat kerana orang Melayu sendiri sebenarnya gagal memecah undi mereka…..
Jadi sampai bila agaknya PAS akan terus berkokok mengatakan orang Cina sebenarnya menyokong mereka?
Ikuti kenyataan Ustaz Idris sperti yang disiarkan oleh Harakahdaily:
PAS berpandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP menggantikan PAS.
Ketua Penrangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata Hishammuddin rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS.
Katanya, Hishammuddin berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan.
Jelasnya, realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan ganti Umno.
Contohnya, kata beliau Umno memberi kerusi parlimen Grik, Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.
Beliau berkata, bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan PAS.
“Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan
DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, sama ada DAP melawan MCA, Gerakan, MIC,” katanya.
Katanya lagi, realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS yang menang.
“Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP?” soalnya.
Justeru, katanya PAS mengharapkan Hishammuddin jangan nyanyuk sebelum sampai usia nyanyuk.
“Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula,” ujarnya. 


3 comments:

Anonymous said...

Uztaz kampung macam Idris mana setaraf iq nak dibandingkan dengan Dato Hisham, pemikiran beliau hanya pemikiran kampung yang berlandaskan pemahaman situasi semasa saja bukan jauh kedepan, berbanding Dato Hisham yang menjadi menteri KDN, jadi jangan heran la kalau pendapat ustazzzzzzzzzzz Idris tu macam cikai je... ustaz je ...iq rendah beb jangan-jangan ilmu fardu ain pun belum khatham inikan pula ilmu kepimpinan, he he

Anonymous said...

Father idris ni belajar dari Father nik, MB kelantan, serambi Rome.
punya la kuat berdakwah sampai semua pengikut akhirnya masuk kristian.
sian bewak PAS ni.

Anonymous said...

JANGAN MARAH DEKAT DIA SEBAB DIA PUN TAK PERNAH AMBIL TAHU PERKEMBANGAN SEMASA YANG DIA TAHU PAS YANG TERBAIK,KESALAHAN SEMUANYA LETAK PADA UMNO, APA APA KEJADIAN TAK BAIK SEMUA KONSPIRASI UMNO. APA NAK JADI NIE SAMPAI TAK MAU AMBIL PUSING HAL DISEKELILING.