Monday, May 02, 2011

KES VIDEO SEKS ANUAR: SIASATAN POLIS TIDAK MEMBAWA APA-APA MAKNA?




Salam semua®…
Tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak untuk mendedahkan kepada umum pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali ada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian hanyalah mainan politik semata-mata untuk memburukkan seseorang.
“Kalaulah yang menyimpan dan membuat tayangan pun tidak dihukum, sedangkan ada peruntukan yang jelas mereka telah melakukan kesalahan; apatah lagi kepada yang berlakon yang tiada peruntukan undang-undang.
“Jelas, ianya hanya mainan politik bagi memburukkan seseorang,” bidas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Khalid baru-baru ini yang menyatakan bahawa pelakon seks dalam video tersebut akan didedahkan bergantung kepada keperluan undang-undang.

“Kita bukan dedahkan (pelaku video) atas desakan tetapi bergantung kepada keperluan undang-undang,” Khalid dipetik sebagai berkata.
Menurut Tuan Ibrahim, pelakon dalam klip video tersebut tidak akan didakwa kerana tiada peruntukan undang-undang boleh mendakwa pelaku, kecuali dalam mahkamah syariah.
“Di dalam undang-undang sivil, tiada kes untuk disabitkan kerana pelakon dan wanita bukan gadis bawah umur serta tiada unsur paksaan dan tidak dilakukan untuk edaran mahupun jualan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, PAS lebih setuju untuk membawa kes ini ke mahkamah syariah kerana ada enakmen yang boleh disabitkan kesalahan sama ada atas kes qazaf atau perlakuan zina sekiranya dapat dibuktikan.
Sementara itu, Presiden Aliran, P Ramakrishan turut menempelak polis yang telah melakukan pelbagai kenyataan untuk mencipta persepsi awam bahawa Anwar terlibat dalam skandal video seks tersebut.
Setelah bukti jam Omega yang diwar-warkan kehilangan berita, P Ramakrishan membidas tindakan polis yang mengatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan kepada awam pelakon seks terbabit sehingga keadaan memerlukan untuk berbuat demikian.
“Dalam kata lain, apa yang mereka kata ialah mereka sudah mengenal pasti pelakon seks, tapi mereka tidak ingin mendedahkankannya kecuali keadaan memerlukan.
“Rakyat Malaysia kini keliru. Apa yang dimaksudkan ‘kecuali memerlukan’? Jika ya, mengapa mereka menyiasat jauh untuk mencari pemilik jam Omega? Mereka bertungkus-lumus sehingga mencarinya sehingga ke Taiwan. Apa tujuannya?
“Bukankah itu tujuan untuk mengaitkan pelakon seks dengan jam tersebut supaya mereka dapat mengesahkan identiti pelakon seks dan mendedahkannya?” soal Ramakrishan.
Beliau turut menambah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan untuk kali kedua, 28 April yang lalu sekiranya polis tiada bukti yang sahih untuk menunjukkan bahawa orang dalam video tersebut ialah Anwar.
“Jika ia adalah tidak penting untuk menentukan siapa pelakon tersebut, mengapa Anwar dilecehkan? Adakah ini kerana mereka inginkan episod memalukan ini berterusan?” selarnya.-Harakahdaily
P/S – Makin keliru….Peguam Negara, kenapa tidak nasihat awal-awal lagi?....



1 comment:

Anonymous said...

P/S – Makin keliru….

Kenapa semakin keliru sebab;

1. Kebenaran yang tertanam atau terkandung dalam video itu sesuatu yang hakiki.

2. Proses dan tingkat kerja perundangan melibatkan pendakwa-pembela sesungguhnya tidak terlepas daripada tingkat penghakiman MAHKAMAH RAKYAT.

3. Perarungan untuk memenangi keputusan MAHKAMAH RAKYAT menjadikan hal keliru itu muncul. Sememangnyalah usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi membesarkan lagi saiz kekeliruan itu wujud dalam masyarakat.

4. Mencapai tahap kekeliruan 50-50 itu sudah dikira suatu kejayaan kerana pihak yang mencipta kekeliruan ini sebenarnya lebih takut kesan MAHKAMAH RAKYAT berbanding Mahkamah Sivil/ Syariah yang ada.

5. Maka itulah, Si Eskey memilih Hotel Carcosa untuk membuat pendedahan. Dijempuntnya wakil-wakil media untuk menyaksikan 'Tayangan Perdana Anu Terlampau'.. Si Eskey sedar terdapat rintangan besar kerana sasarannya bukan sebarangan orang (ANUgerah BESAR Tuhan) di bumi Malaysia ini. Tidakkah keadaan ini sentiasa konsisten dengan kes-kes ANUgerah BESAR Tuhan?

6. Mengapa keadaan keliru ini terus wujud? Kerana si tertuduh adalah ahli politik tingkat tinggi. Tuduhan bersifat salahlaku moral/ disiplin/ agama dapat dia alehkan menjadi isu politik. Diheboh-hebahkan bahawa ini semua adalah konspirasi UMNO.

7. Ironinya Si Eskey bukanlah ahli UMNO pun. Dalam Ceramah Perdana ANUgerah BESAR Tuhan ini tidak diusik pun mantan rakan berhibunya ini. Sebaliknya TDM dan DSN yang jadi sasarannya. Kenapa? Apa takut akan keluar lagi banyak video jika diusik Si Eskeya ke? Paling-paling menghairankan, UMNO biarkan hal ini terus berlaku. KENAPA UMNO tidak saman dakwaan itu?

8. Tolonglah jangan bebankan rakyat dengan masalah peribadinya. Biarkan rakyat bebas buat penilaiannya. Serahkan kepada Mahkamah Negara buat perhitungan.

Akhir kata; UMNO jangan lembik dan terlalu defensif sangat. Rakyat juga meluat. Kita mahu pemerintah yang tegas dalam politiknya.