Saturday, May 07, 2011

KERJASAMA UMNO DAN PAS PERLU DILIHAT DARI SUDUT POSITIF. KALAU TIDAK JADILAH SEPERTI MANA PENDAPAT TUAN IBRAHIM TUAN MAN. NIAT BAIK UMNO DAN MUFTI TELAH DIPUTAR BELITKAN. BACA SETERUSNYA….



Salam semua®…
Pemimpin PAS tidak habis-habis dengan perasaan buruk sangka mereka ke atas niat baik UMNO selama ini. Yang terbaru, kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang disiarkan oleh harakahdaily.
“Apakah saudara juga meminta PAS untuk mendukung segala kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan Umno, sama ada dalam aspek agama Islam atau pengurusan negara supaya tidak digelar sebagai pengkhianat Islam?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dr Juanda Jaya dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya.
Beliau melontarkan pertanyaan itu sebagai menjawab balas kepada kenyataan yang dilakukan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kelmarin, di mana beliau menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Tuan Ibrahim berkata apabila soal perpaduan, penyatuan dan kerjasama diketengahkan, sudah tentunya keadaan akan disifatkan sebagai janggal sekiranya ada pihak yang menentang usaha tersebut, tambahan pula bila mana Islam sendiri telah meletakkan asas yang sangat kukuh ke arah nilai tersebut.
Namun begitu, dengan bersangka baik pada niat Dr Juanda, beliau berpendapat mungkin idea yang dilontarkan olehnya disebabkan perkara itu dilihat daripada aspek penyatuan kaum Melayu, sudah pastinya tidak menepati apa yang dibawa ajaran Islam kerana Islam membina penyatuan yang jauh lebih luas daripada penyatuan kaum.
“Islam sendiri melihat penyatuan Islam melampaui kaum, dan seruan penyatuan universal di atas nama Islam inilah telah berjaya merobohkan asaniyah qaumiyah yang selama ini menjadi penghalang kepada pembanguan sesebuah negara, dan terutamanya bilamana sesuatu kaum merasa cemburu di atas kejayaan kaum lain,” terang Tuan Ibrahim.
Namun, beliau mengingatkan bahawa dalam Islam, penyatuan besar ini telah mencipta satu sejarah bangsa manusia yang hebat bilamana Islam yang sifatnya rahmatul lil Alamin telah berjaya diterima dengan penuh hormat oleh seluruh manusia.
Sebagai seorang mufti, nasihat Tuan Ibrahim, Dr Juanda perlu memahami bahawa jangkauan perpaduan yang cuba dicadangkannya, perlulah sebaik-baiknya mencerminkan kehendak Islam yang syumul ini, dan lebih penting lagi meletakkan asas penyatuan bagi mencari keredhaan Allah.
Dari sudut ini, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kewujudan PAS dan Umno tidak seharusnya dilihat dari sudut perpecahan.
“Kerana kalau ianya dianggap perpecahan kerana wujudnya pelbagai parti politik, sepatutnya yang dipersalahkan ialah kerajaan yang menerima pendaftaran parti-parti politik; tapi ini sudah tentunya ini bertentangan dengan kehendak demokrasi itu sendiri,” jelasnya.
Bagi Dr Juanda dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya, Tuan Ibrahim menyeru supaya  seharusnya memikirkan persoalan bahawa, “Apakah PAS diminta mendokong kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan oleh Umno, sama ada dalam aspek agama mahupun pengurusan negara?”
 “Bukankah jauh lebih baik bagi Dr Juanda untuk bertindak menasihati UMNO agar jangan menganiaya negeri yang majoriti umat Islam, seperti Kelantan dengan menyekat royalti minyak milik negeri, bantuan perkapita tahunan mengikut jadual yang telah dimeteraikan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, pelaburan asing dan selainnya?
Lihatlah bagaimana hebatnya Umno menyerang negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, sedangkan sepatutnya kerajaan pusat bersikap adil dengan pilihan rakyat,” tambah beliau.
Di samping itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan pesanan kepada Dr Juanda agar tidak mengaitkan PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat seperti melihat parti Islam sebagai punca kegagalan penyatuan Melayu kerana ia adalah tidak adil dan bakal mengundang pelbagai reaksi ahli-ahli dan para pimpinan PAS yang masih terasa luka lama akibat ditendang keluar Barisan Nasional pada 1978.
“Melihat PAS sebagai punca gagal penyatuan Melayu juga adalah tidak adil kerana sejarah lampau yang dilalui oleh PAS sewaktu penggabungan dengan BN sangat besar kesannya, terutama apabila PAS ditendang keluar.
Ekoran itu, PAS pecah kepada tiga kumpulan dan kehilangan Kelantan akibat perbuatan khianat Umno terhadap pengorbanan PAS pada waktu itu. Lantaran itu, menuduh PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat sepatutnya tidak berlaku, kerana ianya akan mengundang pelbagai reaksi ahli dan pimpinan yang masih terasa luka lama tersebut,” tegur beliau secara halus.-Harakahdaily
P/S- Nak buat baikpun dikatakan salah. Adakah ini amalan Nabi Muhammad SAW? Cuba mereka perhatikan pendekatan  daripada sunnah Nabi. Adakah Nabi mengajar kita kepada perkara-perkara yang tidak baik? Semuanya kerana nafsu. Bila nafsu menguasai diri, yang baikpun dikatakan salah. Yang salah pula dikatakan baik. Mereka (PAS) tersangat zalim kepada pengikut-pengikut mereka kerana tidak meletakkan persaudaraan Islam yang baik sebagai asas perjuangan dan tidak pada tempat yang sepatutnya.

 
 

3 comments:

jo said...

Mereka ini akan pilih ayat-ayat yang ngam dengan nafsu mereka...dan sembunyikan atau kaburkan ayat yang lain. Kononnya Melayu tu asabiah...Tuan ostad Melayu tu 1000% Islam.....kalu orang islam pun tak boleh bersatu bagaimana nak tarik orang bukan islam kepada islam...nampak jelik kalu masuk islam tak aman...Ingat ostad..Lebai besar/jubah panjang/jangut panjang bukan tikit masuk syurga...tetapi keiklasan menyatukan umat Islam adalah kerja yang paling mulia...

Bekas Keadilan 1998 said...

Kita tak perlu PAS bergabing dgn UMNO, TAPI kita perlukan PENYOKONG PAS menyokong barisan nasional. Jd BN menggunakan kaedah berhemah utk menyentuh ahli2 PAS utk menyokong barisan. Kalau pemimpin mereka hanya bercakap utk menjaga hati DAP sj. Nah. skrg kita lihat PAS adalah parti YANG MAHA ZALIM.

oh malaysiaku said...

PAS bercerita nak menyatukan penganut Islam tanpa batas bangsa atau kaum - bagus, murni sungguh tujuannya.

tapi jangan lupa, kalau Melayu Islam sesama sendiri pun tak dapat bersatu, bagaimana nak dijadikan contoh teladan pada penganut Islam bangsa lain2 yg ada. jangan ingat mereka2 ni tak memerhatikan ...

ini belum lagi nak menyebarkan Islam pada penganut agama lain. kita boleh berceramah agama seribu tahun memberi kefahaman tentang Islam, sedangkan yg membukakan hati untuk menerima tu bukannya kuasa yg terletak ditangan kita. takda siapa yg boleh mendabik dada, itu yg pasti.

kalau begitu senang bunyinya nak mengislamkan orang bukan Islam, mengapa anak2 orang2 Islam sendiri banyak yg lintang pukang hidupnya dgn pelbagai masalah yg melanda secara berterusan? maknanya dikalangan Melayu Islam sendiri pun tak habis dakwahnya.

yg pandai Islam kononnya, ramai yg mengambil isteri dari bangsa lain (pengislaman secara izin dlm paksa atau paksa dlm izin?) tetapi kemudian menceraikannya membiarkan bekas2 isteri ini terumbang-ambing, adakah menunjukkan contoh yg baik kpd bangsa lain atau penganut agama lain?

tak guna cakap bergegar-gegar, tapi satu pun tak mendatangkan hasil ...