Salam semua®…
Semalam Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.
“Sebagai contoh, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
“Jumlah kos peraturan dan pematuhan ini adalah 21 kali ganda lebih banyak daripada hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ke atas komoditi gula dan barangan berasaskan minyak pada Julai 2010 dan 14.4 kali ganda bagi tindakan yang sama pada Disember lalu,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Pemuda Umno menyarankan agar usaha-usaha ke arah penjimatan bestari melalui kecekapan operasi, di samping tindakan bagi meningkatkan nilai aset dan sumber pendapatan negara diterokai dengan serius dan dilaksanakan terlebih dahulu, sesuai dengan cogan kata 1 Malaysia yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan, kebajikan dan hal ehwal mereka.
P/S – Syabas Khairy Jamaluddin…. gaya pemikiran pemimpin macam inilah yang kita mahu.
No comments:
Post a Comment