Saturday, April 02, 2011

KETULENAN VIDEO SEKS TERBONGKAR: KENAPA ANUAR DIAM, SIVARASA RASIAH PULA TIBA-TIBA RESAH?


Salam semua…
PKR mengulangi desakannya agar polis segera menahan ketiga-tiga “Datuk T” yang awal minggu lalu mengaku bertanggungjawab mempertontonkan video seks kepada umum, yang didakwa melibatkan aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah menegaskan pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pagi tadi tidak membawa perubahan senario tentang skandal tersebut.
“Kesalahan yang sedang disoal siasat ialah pemilikan dan pengedaran pornografi... tetapi mengapa anda memfokus soal ketulenan,” kata beliau.
Sivarasa berkata, ketiga-tiga “Datuk T” seharusnya telah didakwa sebaik sahaja mereka mengaku bertanggungjawab mempertontonkannya,” kata beliau.
Sivarasa, yang juga peguam PKR berkata siasatan polis setakat ini menunjukkan ada usaha bermotifkan politik untuk merosakkan kredibiliti Anwar.
“Video lucah adalah satu kesalahan sama ada ia tulen ataupun sebaliknya,” kata Sivarasa hari ini.
Pagi tadi, Ismail berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.
Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.
Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.
Sambil mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara bukan sesuatu yang mengejutkan PKR, Sivarasa berkata partinya sudah mempunyai dua teori sama ada video itu direka atau sebaliknya.
“Sekarang IGP berkata ia tulen, tak mengapa. Orang dalam video itu macam Anwar tetapi itu bukan beliau, itu sudah pasti... beliau dari awal lagi telah mengeluarkan kenyataan keras mengenai ini,” kata bekas naib presiden PKR ini.
Dalam pada itu menerusi kenyataan berasingan, Naib Presiden PKR N Surendran pula berkata kenyataan Ismail mengenai pengesahan ketulenan video seks tersebut tidak membuktikan yang Anwar adalah individu yang muncul rakaman.
Sehubungan itu kata beliau, apa yang rakyat ingin tahu ialah mengapa polis dan Jabatan Peguam Negara belum mengenakan prosiding jenayah ke atas tiga “Datuk T” terbabit.
“Mengapa layanan khas diberikan kepada pihak-pihak ini? Adalah sesuatu yang luar biasa, IGP membuat pengumuman berhubung aspek ketulenan video meskipun turut mengakui siasatan mengenai video seks masih belum lengkap,” kata beliau lagi.-The Malaysian Insider.
P/S – Dia resah sebab, kan Anuar itu Boss dan tempat beliau cari makan sesuap nasi. Siapalah Sivarasa, kalau tanpa bantuan Anuar sebelum ini.  Tidak ada Anuar maknanya, habislah mata pencarian mereka. Soal kesalahan moral , semuanya tidak penting dan mesti ditolak ketepi. Sebab itulah mereka akan berbuat apa saja untuk Anuar. Bagi mereka, Anuar adalah segala-galanya. Kalau tidak percaya…kita tunggu apa kesudahannya…
Tentang komen beliau mengenai kesalahan  pemilikan dan pengedaran video pornografi tu,  yang ini beliau sepatutnya tak perlu melenting. Sebaliknya beliau perlu tanya sahabat dan otai mereka, Karpal Singh sebab apa beliau (Karpal) boleh pula dedah dan simpan video skandal seks DP Vijendran ini.
Pelik, tak kanlah beliau tak tahu, Karpal Singhlah orangnya yang bersusah payah membawa video seks berkenaan ke hulu dan ke hilir sehinggalah sampai ke Parlimen dan mengajak ramai ahli-ahli parlimen termasuk ahli BN menonton video berkenaan. 
Dasar double standard.......khiaaaq tuiiiiiiih.

7 comments:

Anonymous said...

Masa Karpal mendedahkan dan ajak ahli parlimen tengok video Vijandran dulou tak la pulak disuruh tangkap..bila kene tang muka sndiri baru tau..Bodoh betul haprak2 nih..

TokAyah said...

Tangkap anuwar dulu kerana meliwat saipol. Kalau tak salah lepas. Tak nak soal?

Antibarua said...

KALAU SESEORANG MEMBAWA SEBUAH BEG DI AIRPORT DAN DIA TIDAK MENGETAHUI DI DALAM BEG ITU ADA DADAH, MAKA SAH DIA DIANIAYA SEBAGAI PENGEDAR DADAH KALAU DIA TERTANGKAP.

KALAU SESEORANG MEMBAWA SEBUAH BEG DI SEBUAH PEJABAT DAN DIA TIDAK MENGETAHUI DI DALAM BEG ITU ADA WANG, MAKA SAH DIA DIANIAYA SEBAGAI MAKAN RASUAH KALAU DIA TERTANGKAP.

KALAU SESEORANG MELAKUKAN PERSETUBUHAN HARAM ATAU ZINA DENGAN PELACUR CINA, TERPANCUT DUA KALI KEMUDIAN ADA VIDEO MERAKAM ADEGAN TERSEBUT.... ADAKAH DIA DIA DIANIAYA? ATAU DIA MENGANIAYA DIRINYA SENDIRI?

Anonymous said...

Aku rasa takde yg salah dlm isu ni.

1) Datuk T tidak MENGEDARKAN video lucah ini kepada pihak umum.

2) Salinan asal juga telah diserahkan kepada pihak polis.

3) Pihak pembangkang menwarwarkan mempertontonkan kepada org ramai video lucah adalah salah dari segi undang-undang, tetapi TIADA LAPORAN POLIS dari pihak yg menonton (wartawan-wartawan terpilih) dibuat. Oleh itu pihak polis tidak boleh mengambil tindakan dlm isu ini.

Tetapi yang lawaknya:

Pihak yg kena tuduh jadi pelakon pulak buat laporan pilis kata teraniaya walhal videotersebut MASIH belum dipastikan kesahihannya.

Anonymous said...

APA PUNYA BODOH LAWYER NI. ISU DI SINI BUKAN TENTANG PENGEDARAN ATAU PENYANGAN VIDEO BLUE. INI BERKENAAN DENGAN ISU SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG DI PERCAYAI TERLIBAT DALAM KEGIATAN TIDAK BERMORAL.RAKYAT YANG BERTANGUNG JAWAP DALAM KES NI IA ITU DATOK T TELAH MENDEDAHKAN HAL PERI LAKU NI KEPADA RAKYAT SUPAYA TAK TERTIPU DENGAN PEMIMPIN YANG BERLAGAK MAKSUM. POLIS KATA VIDEO TU SAH TAPI TAK SEBUT PON PELAKON TU SIAPA. KALAU DATUK T TAYANG GAMBAR BLUE UNTUK TONTONAN SUKA SUKA ATAU NAK BUAT DUIT KALAU DI TANGKAP BOLIH LAH DI DAKWA.THEY ARE WHISTLEBLOWERS . KALAU MACAM TU LAH UNDANG UNDANG ORANG YANG MENDEDAHKAN KES JENAYAH MESTI LAH DI DAKWA KERANA MENDEDAH KES JENAYAH TERSEBUT. GANJIL KAN? SAYA TENGOK PKR NI CUBA NAK LARI DARI ISU SEBENAR DAN MENGELIRUKAN RAKYAT.

Anonymous said...

Betul tu kengkawan...cuba kita kaji. Anwar report pasal pengedaran video lucah...bukannya pasal fitnah terhadap dirinya...saje je dia nak mainkan undang2...supaya rakyat terpesong pemikirannya...

Anonymous said...

kalau bebetol dato t ada full video..ada hard copy..tayang semua apa yg ada dlm hard copy tu..x payah nk edit2..zaman skrg nih teknologi dah canggih..mcm2 boleh buat..klu dah di edit,dat mean bnda tu dah x original..video yg aku tgk tu pon,sekejap ade janggut,sekejap xde janggut..ape cite..??