Sunday, April 17, 2011

ANUAR BERBOHONG LAGI. JANJI HANYA TINGGAL JANJI. TIADA ESOK LAGI UNTUKNYA? ..….



Salam semua…
Pada entri penulis pada hari Sabtu, April 16, 2011 yang lepas, penulis ada memberi sedikit komen tentang sikap pembohong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji  bahawa beliau akan memberi penjelasan mengenai kenyataan dan pendedahan  pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai kepimpinannya selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak esok (hari ini, 17/04/2011).
Ikuti komen penulis pada 16/04/2011:
"Begitulah sikap jijik seorang yang bernama Anuar bila berada di pentas politik. Tengok, untuk menyatakan kebenaranpun beliau masih lagi ingin menangguhkan kenyataannya katanya esok, selepas PRN Sarawak ?  Kenapa tidak kelmarin atau hari ini saja?
Pada pandangan penulis, dalam janji beliau untuk menyatakan kebenaranpun beliau masih lagi bernafsu jahat mahu mengikut percaturan politik kotornya dengan mencipta pelbagai pembohongan demi pembohongan. Soal kebenaran baginya tidak penting kerana ianya boleh diterjemah dalam pelbagai suasana dan keadaan samada ianya memihak kepadanya atau tidak.
Tidak hairanlah hari ini beliau kata lain, besok pula kata lain…."
Ulasan penulis hari ini pula:
Betul tak apa yang penulis kata?  Pada beliau, soal kebenaran itu tidak penting kerana ianya boleh diterjemah dalam pelbagai suasana dan keadaan asalkan ianya akan memihak kepadanya. Apa yang nyata, Anuar masih mahu berbohong lagi dan lupa pada janji-janjinya. Difahamkan beliau sekarang telah terbang meninggalkan Malaysia. Katanya sekarang ini berada di London.
P/S - Nak cari Raja Petra Kamaruddin agaknya.

4 comments:

Anonymous said...

kalau dah kaki penipu tu xkemana pun..ayat nak bg respon 17.4 hanya untuk cari jalan keluar dari isu yang wartawan nak tanya tu jer. KAlau itu pun dia boleh bohong wartawan tak mustahil yang lbh besar lg la dia bohong

ittaqullah said...

ALLAH tak suka org berbohong. Kelak dpt balasan ALLAH. ALLAH tak suka org mengadu domba. Kelak juga dpt balasan dari ALLAH.bertaubatlah.

Salam semua (R)... said...

Saudara ittaqullah,

Anta janganlah salah faham. Bukanlah niat penulis ingin mengadu dombakan orang, malah jauh sekali ingin mengaibkan orang-orang tertentu dalam setiap entri penulis.

Kalau anta lihat tujuan dan misi blog ini diwujudkan ianya hanyalah semata-mata untuk mengajak semua orang termasuk anta berfikir bagi menentang kemungkaran yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang.

Sebagai rakyat biasa, penulis bertanggung jawab dan berdiri teguh bersama-sama dengan pemerintah bagi memastikan parti pembangkang tidak akan sama sekali mengambil alih pemerintahan di Malaysia.

Seperti juga anggota tentera, polis dan dan lain-lain anggota keselamatan yang bertugas demi menjaga keselamatan negara, penulis yang setaraf dengan blogger nyamuk ini juga ingin berbakti kepada negara. Jadi bidang penulisan ini rasanya adalah saluran yang terbaik bagi penulis melontarkan buah fikiran di samping mengajak semua orang berfikir bagi menentang kemungkaran yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang.

Anta perlu ingat, meletakkan pemimpin-pemimpin pembangkang di tempat yang tidak sepatutnya (memerintah Malaysia), bagi penulis serupalah kita menyukai kepada apa saja bentuk kezaliman yang mereka lakukan.

Jadi, sebagai anak bangsa yang bersyukur, penulis terpanggil untuk berjuang di dalam media maya ini.

Moga-moga Allah merestui niat ikhlas hambanya.

nazir said...

1.Nuar meninggalkan Malaysia dan menuju ke London.. Kenapa Londan..?

2. Terbaru Raja Petra dgn terbuka mendedahkan pembohongan NUar .

3. Ternyata NUar begitu panas dgn kenyatan RPK tu..

4. RPK merupakan tali hayat NUAR bagi menutup segala pembohongan NUAR.

5. NUAR ke London bertemu RPK mkin cuba memperbaharui tali hayat tu semula.

6. Ada seorng lagi tali hayat NUAR yg perlu NUAR jaga iaitu BALLA.

7. Sebelum Bala buat kenyataan mcm RPK... cepat2 NUAR menjenguk tali hayatnya sebelum terkena virus.

8. NUAR ke LONDON.. ZIZAH & IZZAH tak ikut...?

9. NUAR tido dgn sapa mlm2.. tak nak ambil tau ke...?