Saturday, April 09, 2011

DR WAN AZIZAH TERKANTOI LAGI. DULU KATA SUAMINYA ITU TIDAK SIHAT KERANA ADA MASALAH SAKIT BELAKANG. KALI INI PULA BELIAU MENDAKWA ANWAR SERING BERSENAM DI PENJARA SEKALI GUS MENAFIKAN BAHAWA INDIVIDU DI DALAM RAKAMAN VIDEO SEKS ITU ADALAH ANWAR YANG DISIFATKANNYA LEBIH SASA…


Salam semua…
Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersenam semasa di penjara mendedahkan penipuan awal yang dibuat oleh beliau sebelum ini.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, semasa Anwar di penjara antara tahun 1998 sehingga 2004, Wan Azizah sering mendakwa suaminya itu tidak sihat dan mengalami masalah sakit belakang.
“Tetapi kali ini, dia mendakwa pula Anwar sering bersenam di penjara. Ini jelas menunjukkan bahawa Wan Azizah berbohong satu ketika dahulu dan berbohong lagi kali ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar sering bersenam semasa di penjara sekali gus menafikan bahawa individu di dalam rakaman video seks itu adalah Anwar yang disifatkannya lebih sasa.
Azwanddin menambah, Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah tidak mempunyai hak untuk menafikan individu di dalam rakaman video seks itu ialah Anwar kerana hubungan kekeluargaan antara mereka.
Sebagai isteri dan anak kepada Anwar katanya, sudah semestinya Wan Azizah dan Nurul Izzah akan mempertahankan Anwar biar betapa buruk sekali pun pendedahan berkait dengan Penasihat PKR itu.
 “Sebaik-baiknya Wan Azizah dan Nurul Izzah bersetuju supaya suruhanjaya diraja yang dibarisi oleh mereka yang bebas ditubuhkan bagi menyiasat keseluruhan aspek mengenai rakaman video seks itu,” katanya.-Utusan
P/S – Penulis amat hairan kenapalah Dr Wan Azizah bersusah payah cuba mencari bukti-bukti yang boleh memakan diri sendiri. Ternyata kenyataan terbarunya amat berlawanan dengan kenyataan beliau  kepada media satu ketika dulu yang mendakwa suaminya uzur yang kononnya mengalami masalah  sakit belakang semasa di dalam penjara.
Malah, penulis masih ingat lagi dan melihat dengan mata penulis sendiri bahawa siri pembohongan ini ternyata benar bila terkeluar rakaman video sulit yang merakamkan tingkah laku jelek DS Anuar di dalam dua keadaan kesihatannya yang berbeza bila berhadapan dengan orang ramai dan di sebaliknya.
Apa ini semua? Adakah keluarga DS Anuar masih mahu berbohong lagi kepada semua rakyat Malaysia?
Cukup-cukuplah, penulis sendiri sudah naik muak  dengan siri pembohongan ini. Nasihat penulis seterusnya kepada Dr Wan Azizah. Sebagai  seorang yang berstatuskan Doktor, malulah pada diri sendiri kerana penulis jarang mendengar ada Doktor yang sanggup berbohong kepada orang ramai.
Bercakap benarlah. Serahkan sahaja jam Omega seperti yang dikehendaki dan dituntut oleh orang ramai. Kalau tidak ada, cakap sajalah tidak ada kerana perkara berkenaan adalah bukti utama dalam kes ini.

2 comments:

pacat said...

patut la anwar cari china doll.. Azizah tolak untuk buat sex kot! kesian hubby sakit blakang.. pastu takut berjangkit HIV... pastu takut kena main blakang.... huuuu! ngeri! azizah hanya mampu main dgn jam omega je kot?

Tok We said...

Kak Wan, saya pernah tonton Bang Nuar segar bugar, bergembira di dalam penjara. Apabila mertua Kak Wan meninggal; ketika dibenar menziarah jenazah ibunda, Bang Nuar memakai sendiri pendakap leher, duduk di atas kerusi roda lalu disorong keluar ke van. Bang Nuar terketar-ketar kelihatan amat uzur...

Anda berdua penipu besar. Tungguilah azab Allah di dunia dan akhirat. Aib anda berdua sedang disingkap Allah. Anda perosak negara, bangsa dan agama.

Saya tidak akan sesekali berjuang bersama anda LAGI!