Thursday, April 14, 2011

RAMAI SAHABAT ANUAR TINGGALKAN BELIAU. YANG TERBARU ADALAH RAJA PETRA KAMARUDDIN. NAK TAHU KENAPA? BACA SETERUSNYA…


Salam semua…
Raja Petra Kamaruddin yang malam ini muncul dalam Buletin Utama membuat pengakuan dipergunakan untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, sebelum ini dikenali sebagai penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengendali portal propembangkang, Malaysia Today berusia 60 tahun itu ialah antara individu yang terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak awal penubuhannya.
Komitmennya dalam perjuangan pembangkang khususnya Anwar menyaksikan beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu pada 2001 dan 2008.
Namun, sejak November tahun lalu, Raja Petra dilihat menjadi senjata makan tuan buat Anwar apabila mula menyerang Penasihat PKR itu dalam portal kendaliannya berhubung isu pemilihan parti.
Sebulan sebelum itu beliau sudah membayangkan perubahan pendiriannya apabila pada satu majlis di London yang turut dihadiri Anwar, Raja Petra secara terbuka mengancam untuk menghentikan sokongan terhadap pihak pembangkang.
Beliau mengubah pendirian kerana mendakwa pembangkang gagal menunaikan janji walaupun menguasai beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.
Raja Petra sebelum ini menjadi `buruan’ apabila menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada 2008 sebelum itu dibebaskan apabila Mahkamah Tinggi mendapati penahanannya tidak sah.
P/S – Tabiat manusia selalunya benci kepada penipuan. Ramai orang kata dalam berpolitik, sesetengah ahli-ahli politik itu sendiri masih lagi boleh menerima kalau pemimpin mereka bercakap bohong demi untuk mendapatkan kuasa politik.
Tetapi ianya berlainan apabila seseorang pemimpin politik itu berbohong semata-mata untuk melayan nafsu seksnya sendiri. Pemimpin serupa ini, bukan setakat kehilangan pengikut-pengikut setianya. Malah, dalam banyak keadaan, pemimpin seperti ini akan kehilangan kawan dan sahabat yang setia padanya  sebelum ini.
Kepada pemimpin berkenaan. Kasihanilah pengikut-pengikut anda. Bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan.



4 comments:

Anonymous said...

Good Morning RPK...
Pantun untuk anda hayati.

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
BERCAKAP BOHONG...
HAH LAMA LAMA DAH SERAH DIRI . The rest of your spinning gang bila pula nak HARAKIRI?

Allah maha berkuasa dari pena anda...MALAYSIA TODAY Always remember that.

Anonymous said...

haha, tu point bantai anwar sebab nk balik malaysia la tu. Bile kerajaan dah maafkan, mula la jadi anjing melalak balik si pakcik botak sakit otak ni. Tak perlu layan dia tu sangat, biarkan dia mampus kat luar negara berpelukan dgn minah salleh kafir selama2nye.

Ade kat malaysia ni pun hanya menyusahkan org je.....

Ingat si pakcik botak ni, ingat la ape yg pernah jenglot Tukar Tiub lakukan pada kerajaan selama ini. Sama je kerosakan yg mereka bakal lakukan.....

Anonymous said...

Apa2 pun mamat RPK ni tak layak nak disambut dengan apa2 form of appreciation. Dah dia hasut satu Malaysia, kutuk kerajaan macam tak hengat pastu bila buat U turn (kalau pun ikhlas), tak perlu lah kita semua nak sambut dia dengan open arms. Dia masih fugutive dan masih harus ditangkap.

Menyampah lah semua blog cerita pasal 'pengakuan' dia ni. Dia tak layak nak di beri attention.
Dah tau dia ni boleh dibeli.. Selagi dia hidup, bila2 dia boleh U turn balik...Orang macam ni, tak yah layan lebih2...

Anonymous said...

setuju benar...ini adalah taktik dia nak balik malaysia semula......semua rakyat malaysia mesti ingat apa yang telah di buat untuk busukkan kerajaan BN dan secara tak langsung kita sebagai rakyat malaysia yang setia dari dulu dan selam2nya...INGAT dosa memfitnah lebih besar dari membunuh....JANGAN LAYAN mamat ni..Kita kena layan dia macam kita layan CHIN PENG....