Salam semua…
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.
Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak.
“Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP,” tulisnya.
“Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yang didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.”
Pada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.
Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia.
“Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN,” katanya.- Malaysiakini.
P/S-Memang betul seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir. Perjuangan parti DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang (LKS) anak beranak adalah parti rasis yang cenderong kepada perjuangan untuk orang-orang Cina sahaja tanpa memperdulikan perjuangan untuk pelbagai kaum di Malaysia.
Walaupun ada beberapa kerat ahlinya dari kalangan kaum India, tetapi hakikatnya selama ini orang ramai melihat DAP itu Cina dan Cina itu DAP.
Berbanding dengan BN, banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh DAP hanya tertumpu dan memberi banyak faedah kepada kaum-kaum Cina sahaja.
Kepentingan orang Melayu setempat selalunya dipandang sinis malah langsung dipinggirkan sama sekali lebih-lebih lagilah jika YB DAP yang berkhidmat di satu-satu kawasan yang dimenangi oleh mereka dalam satu-satu pilihan raya.
Setelah sekian lama orang-orang Cina DAP tinggal bersama-sama dengan orang-orang Melayu Islam di Malaysia, berbanding dengan kaum-kaum Cina dan India dari komponen BN, kenapa pemimpin-pemimpin Cina DAP masih lagi meraba-raba untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara yang sensitif bagi orang-orang Melayu Islam misalnya isu memasuki ruang solat masjid dalam keadaan yang tidak sempurna, memberi derma hasil dari judi kuda pada orang-orang tua Islam, menjadi penganjur kepada tilawah dan hafazan Al-quran dan lain-lain lagi.
Jawapan yang paling tepat ialah golongan Cina DAP yang diketuai oleh LKS ini dari dulu lagi adalah rasis kerana dengan sengaja menjauhi kelompok-kelompok orang-orang Melayu Islam di Malaysia. Keadaan nampaknya akan bertambah parah kerana mereka sekarang ini telah berjaya membawa politik perkauman ke Sarawak pula.
Memang tepat kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia akan menghadapi bahaya kerana akan terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yang didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.
Penulis teringat kenyataan media LKS satu ketika dahulu yang mendakwa Tun Dr Mahathir sebagai rasis nombor 1 dalam negara ini. Bagi penulis kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali kerana semua orang tahu bahawa Tun Dr Mahathir telah banyak berjasa kepada semua kaum di Malaysia. Jasa Tun Dr Mahathir kepada peniaga-peniaga Cina melebihi apa yang telah dibuat oleh LKS kepada kaumnya sendiri.
Jasanya bukan sahaja diiktiraf oleh semua orang Malaysia malah oleh semua pemimpin dunia!!!
Berbanding Tun Dr Mahathir, siapa lah LKS di mata dunia? Kerana Tun Dr Mahathirlah orang-orang Melayu , Cina dan India di Malaysia hidup aman damai serta senang-lenang.
Sebaliknya LKS akan dikenang di dalam sejarah politik tanah air sebagai pemimpin politik yang rasis yang mementingkan kepentingan kaum orang-orang Cina sahaja.
Negara Malaysia akan hancur dan menjadi kucar-kacir jika orang ramai memberi peluang dan sokongan padanya untuk memerintah Malaysia.
Oleh yang demikian, janganlah kita perjudikan keamanan dan kemakmuran yang kita sedang dan telah kecapi sejak sekian lama dengan pemimpin seperti LKS yang teramat nyata rasisnya dari dahulu sampailah sekarang.
No comments:
Post a Comment