Sunday, April 17, 2011

PAS PERLU TERIMA HAKIKAT BAHAWA ORANG MELAYU SARAWAK TOLAK DASAR POLITIK MEREKA. TAPI, …BACA SETERUSNYA….


Salam semua…
Kegagalan PAS untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan parti Islam itu masih belum diterima pengundi — walaupun mendapat sokongan kuat di Semenanjung, kata penganalisis politik.
Menurut Datuk Dr Zainal Kling, berbanding PKR dan DAP, hanya PAS yang tidak memenangi sebarang kerusi walaupun Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi.
Kali ini PAS bertanding di lima kerusi berbanding satu pada 2006.
Walaupun tiada kerusi dimenangi tetapi undi popular diterima parti itu meningkat kali, kemungkinan antara lain kerana jumlah kerusi ditandingi kali ini.
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dalam persaingan paling sengit dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Rakyat, yang pertama kali bertanding di bawah perikatan tiga parti pula mendapat 15 kerusi dan Bebas satu. DAP menyumbangkan 12 kemenangan manakala PKR tiga kerusi.
“Dari segi individu parti sudah tapi PAS masih belum bertapak di kawasan-kawasan Melayu, belum dapat.
“Saya fikir fahaman PAS itu belum meluas diterima di Sarawak, fahaman PAS yang mahu mengadakan negara Islam, membina masyarakat Islam seperti acuan mungkin penyebab mengapa PAS ditolak,” kata Zainal kepada The Malaysian Insider.
PAS tewas di kesemua kerusi yang ditandingi parti Islam itu iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Tambah Zainal, Pakatan Rakyat terutamanya PAS akan mengeksploitasikan kekalahan itu dengan tujuan memburukan BN.
“Umumnya pengundi masih belum menerima pendekatan PAS itu, saya fikir PAS akan mengeksploitasikan keadaan ini, selain itu DAP juga akan mengekspoitasikan kemenangan.
“PAS belum menang kerusi walaupun sokongan bertambah,” katanya.
Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berkata faktor utama kegagalan PAS adalah kerana parti Islam itu gagal mendapat sokongan pengundi Melayu.
Selain itu, jelas Sivamurugan, kemungkinan pengundi di Sarawak tidak menerima PAS kerana tidak faham dasar perjuangan yang dibawa parti itu.
“PAS gagal untuk meyakinkan pengundi-pengundi di Sarawak, mungkin dasar perjuangan PAS itu menyebabkan parti itu ditolak.
“Mungkin juga apa yang dibawa PAS tidak difahami pengundi-pengundi dengan sepenuhnya... PAS gagal kerana pengundi tidak faham apa perjuangan PAS,” katanya.
Tambah beliau, walaupun PAS kuat di Semenanjung, namun di Sarawak parti itu gagal untuk mendapat sokongan majoriti besar pengundi.
“PAS parti Semenanjung, memang PAS kuat tapi di Sarawak PAS gagal.
“Dengan dasar perjuangan PAS yang tidak difahami pengundi menyebabkan mereka tidak menerima PAS,” katanya.
Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, majoriti besar pengundi terutamanya orang Melayu tidak menerima PAS.
“Itu betul, majoriti orang Melayu di Sarawak tidak menerima PAS, itu yang kita boleh lihat.
“Sebab ini adalah dua konsep iaitu konsep pembangunan dan konsep idealisme, di bandar adalah konsep idealisme tapi politik pembangunan diterima di masyarakat pinggir bandar dan pedalaman dan masih diperlukan,” katanya.
Bagaimanapun Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sebaliknya dengan mengatakan pengundi Sarawak sudah menerima PAS cuma jumlah itu tidak ramai yang boleh membantu memberi kemenangan kepada parti itu.
“Mereka terima PAS tapi untuk menang belum sebab walaupun kalah ramai penyokong mereka, ada yang tidak hilang wang pertaruhan... PAS memang ada peminat tapi kekuatan BN itu sukar untuk PAS.
“Dari sokongan tidak gagal, kita tak boleh kata dari menang kerusi tapi dari segi pengaruh sebab kalau kita lihat PKR dan DAP dapat (menang),” katanya.
Tambah Ahmad Atory, sekiranya PAS mahu menang di Sarawak parti itu tidak boleh hanya bergantung kepada undi dari pengundi Melayu sahaja.
Sebaliknya kata beliau, PAS juga perlu memberikan tumpuan kepada pengundi Cina yang merupakan komuniti pengundi yang besar.
“Pengundi Cina yang tak beri kepada PAS, kalau beri kepada PAS memang hebat pertandingan itu.
“PAS gagal sebab pengundi bukan Islam tidak percaya PAS, jadi PAS kena kempen lebih kuat, PAS kena dapat kepercayaan pengundi bukan Islam Pas sepatutnya tumpu klepada pengundi-pengundi bukan Islam. PAS belum cukup (kuat) lagi, walaupun (pengundi) sudah kenal tapi tak cinta lagi,” katanya.
Malam tadi, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata, pihaknya menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka melahirkan anak sulungnya.
Kata beliau, PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperoleh yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak.-The Malaysian Insider
P/S – Orang Melayu Sarawak mungkin akan menerima PAS jika mereka setuju bekerjasama dengan UMNO BN. Malah, bukan setakat orang Melayu Sarawak,  orang Melayu Semenanjungpun boleh terima PAS. Tapi dengan satu syarat, PAS perlu tinggalkan DAP dan PKR dan kembali kepangkuan UMNO BN.
PAS perlu ingat, mereka sebenarnya diperkudakan oleh DAP dan PKR. Berjuanglah dalam semangat dan salam ukhuwah yang betul. InsyaAllah sokongan ikhlas daripada orang Melayu akan kembali kepada PAS.
Secara ikhlas, penulis berpendapat dalam banyak hal terutamanya dalam bab-bab agama, orang Melayu Islam masih rindukan Jemaah dan  serta bimbingan daripada Ilmuan PAS.
Ayuh, rasanya belum terlambat dan janganlah berdalih lagi. Perbetul dan rapatkan saf kita.

3 comments:

Anonymous said...

Dalam Harakah ada menyebut Calon PAS di Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Ahmad Masagus berkata, "Walaupun kami kalah, namun orang Cina dan Iban telah memberikan sokongan penuh kepada PAS kali ini.Ternyata PAS mendapat sokongan dari Kaum bukan Islam dan bukan dari kaum Islam.Saperti juga PKR yang menang majoriti besar disebabkan sokongan penggundi Cina.

Salam semua... said...

Saudara anon 2:56PM,

Penulis percaya walaupun secara luarannya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Masagus berbangga kerana katanya orang Cina dan Iban telah memberikan sokongan penuh kepada PAS tapi, mereka harus sedar bahawa sokongan orang Cina dan Iban kepada PAS hanyalah bersifat sementara serta berpilih.

Lakonan mereka berpihak kepada PAS semata-mata di atas arahan pemimpin DAP dan bukannya kerana UNDI ikhlas mereka.

Maknanya kekuatan PAS akan dipengaruhi oleh DAP sampai bila-bila. Ini sangat bahaya kepada PAS yang keseluruhannya dianggotai oleh orang-orang Melayu Islam.

Buktinya, banyak isu yang melibatkan percanggahan pendapat yang melibatkan kebajikan dan soal-soal yang bersangkut paut dengan agama Islam, dalam banyak hal, pemimpin DAP nampak lebih terserlah kerana mereka boleh mengugut PAS pada bila-bila masa.

Politik halus DAP ini nampaknya lebih menguntungkan DAP dan PKR daripada PAS. Oleh yang demikian, nasihat saya kepada Abang Ahmad Kerdee Ahmad Masagus, janganlah berbangga sangat kalau misi DAP itu sebenarnya bertujuan untuk memerangkap mereka.

Anonymous said...

BANGGA TAK KENA GAYA,APA YANG NAK DIBANGGAKAN BUKAN NYA MENYOKONG DGN IKHLAS. TU PUN DOK SHOK SENDIRI LAGI RAKYAT SARAWAK DAH BOLEH TERIMA KONON.KALAU HARAP KAUM ISLAM SAJA MUNGKIN DAPAT BERAPA UNDI SAJA.