Monday, April 18, 2011

RAJA PETRA KAMARUDDIN : “ANWAR DAN PEMBANGKANG TIDAK MAMPU MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DARIPADA BARISAN NASIONAL (BN).”


Salam semua…
Raja Petra Kamaruddin berkata, pendedahannya mengenai penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam komplot memfitnah Perdana Menteri dan isteri bukan bererti dia membelot daripada perjuangan pembangkang.
Pengendali laman web propembangkang itu berkata, dia tetap menyokong perjuangan pembangkang dan Anwar namun, ia tidak bermakna beliau harus menutup mata terhadap semua tindakan tidak demokratik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang tersebut.
"Pendedahan mengenai tindakan beberapa pihak yang mendesak dan mempengaruhi saya supaya membuat akuan bersumpah tidak seharusnya dilihat saya sudah berubah pendirian. Kononnya saya sudah membelot kepada pembangkang.
"Kritikan saya terhadap Anwar dan kepimpinan pembangkang bukan baru. Saya secara konsisten telah mengkritik Anwar secara terbuka sejak sekian lama tetapi cuma baru-baru ini orang ramai membuka mata, kerana ia dilaporkan oleh media arus perdana.
"Ini bererti penyokong pembangkang lebih mengikuti laporan media arus perdana berbanding media pembangkang, kalau tidak sudah tentu mereka sedar dengan kritikan saya sebelum ini," katanya dalam laman web Malaysia Today hari ini.
Sebelum ini pelbagai pihak yang menyokong perjuangan pembangkang menuduh Raja Petra sebagai pembelot kerana mendedahkan penglibatan Anwar dan komplot memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sementara itu, dalam satu temu bual dengan Radio Australia, Raja Petra mengulangi pendirian bahawa Anwar dan pembangkang tidak mampu mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).
Katanya, kegagalan pembangkang mengurus negeri Selangor dan menyelesaikan pelbagai perkara berbangkit seperti isu arak, membuktikan pembangkang tidak mampu untuk mengurus sebuah negara seperti Malaysia.-Utusan
P/S - Hairan, kalaulah beliau (Raja Petra) dah beranggapan Anwar dan pembangkang mempunyai banyak kelemahan tadbir urus  selain tidak mampu mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN). Persoalannya, kenapa beliau masih lagi mahu menjadi duri dalam daging kepada PR  dan menyokong parti pembangkang?

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Sebab RPK ni manusia yang sangat merbahaya. Langsung tak boleh percaya. Kalau orang ramai tak nampak, tatau lah apa nak kata..