Tuesday, April 19, 2011

“Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda.- Kata Presiden KIMMA. Baca seterusnya


Salam semua…
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang, kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader.
Bagaimanapun, katanya, pelbagai tawaran lumayan berkenaan tidak mampu menggugat kesetiaan KIMMA terhadap BN kerana masyarakat India Muslim negara ini tidak sanggup menggadai maruah semata-mata mahu mengejar imbuhan, pangkat serta kesenangan sementara. Malah katanya, seorang pemimpin pembangkang pernah menghubunginya secara peribadi dan menawarkan imbuhan sebanyak RM55 juta sekiranya beliau dan ahli KIMMA bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang. “Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.
“Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.
“Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli.
“KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.
“Walaupun pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian sebelum ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suara KIMMA serta masyarakat India Muslim kini sudah mula didengari dan mendapat sokongan padu kerajaan,” katanya pada majlis ramah mesra bersama ahli Batu Pahat dan Muar, di sini, semalam. –Berita Harian
P/S – Memang dasar hipokrit. Kita tengok pula apa tuduhan dan tohmahan parti pembangkang melalui kenyataan terbaru Anuar yang disiarkan oleh Harakah Daily hari ini:
Kata Anuar,  "Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang.”
Siapa yang korup sebenarnya. …itulah realiti temberang parti pembangkang. Tuduhan korup atau amalan rasuah hanya sesuai ditujukan kepada Kerajaan. Manakala mereka pula dianggap bebas dan kebal daripada melakukan apa-apa kemungkaran.
Negara Malaysia akan hancur lebur jika mereka mengambil alih pemerintahan di Malaysia.


 

1 comment:

Anonymous said...

Jangan percayalah KIMMA nie, ada hati nak mintak status bumiputra