Saturday, April 09, 2011

PAKATAN RAKYAT (PR) KATA TAN SRI TAIB MAHMUD DAH TERLALU TUA…. TAPI, DEPA LUPA RAMAI DIKALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PR PUN TUA-TUA BANGKA JUGA…APA BEZANYA?


Salam semua…
Nampaknya Pakatan terutama DAP memainkan isu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang terlalu lama dalam politik iaitu 30 tahun.
Pemimpin mereka mengajak rakyat untuk menurunkan Taib kerana mereka merasakan 30 tahun itu terlalu lama. Apa yang mereka tidak nyatakan bahawa sepanjang 30 tahun itu, Taib telah banyak membuat perubahan kepada lanskap pentadbiran dan ekonomi negeri itu.
Melainkan jika 30 tahun itu digunakan untuk memporak-perandakan negeri itu atau sentiasa berlaku perbalahan sehinggakan pembangunan tidak dapat dilaksanakan.
Secara bandingan, ramai pemimpin Pakatan sekarang juga sudah lama dalam politik dan ada yang tidak mahu melepaskan jawatan atau memberi peluang kepada orang baru.
Mereka terus menjadi ahli parlimen sedangkan boleh menyerahkan kepada golongan muda yang lebih berwibawa dan mampu menjadi pembangkang yang berakal dan bukannya memainkan sentimen perkauman. Mereka terus berada dalam politik dan mempengaruhi pemimpin politik pembangkang yang muda untuk berperangai seperti mereka.
Lim Kit Siang yang kini berusia 70 tahun dipilih pada 1969 di parlimen Kota Tinggi sudah berada dalam politik selama 42 tahun. Selama itulah beliau
memainkan politik perkauman dan berselindung di balik parti yang didakwa dianggotai oleh pelbagai kaum.
Parti perkauman
Kebanyakan calon DAP termasuk di Sarawak inipun ramainya dari kaum Cina, apa pula Lim kata DAP parti pelbagai kaum - anggota saja, calonnya masih Cina.
Karpal Singh (tengah) yang berusia 71 tahun dipilih di DUN Alor Star dan berada dalam politik selama 37 tahun. Beliau pernah menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin pembangkang kerana masalah tertentu masih terus berada dalam politik dengan melompat ke sana ke mari seperti yang dilakukan oleh Lim.
Kedua-dua pemimpin - Lim dan Karpal - mempunyai anak yang kini berpolitik ala bapa mereka.
Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, yang kini berusia 80 tahun, dipilih di Pengkalan Chepa pada 1967 juga sudah berada dalam politik selama 44 tahun.
Beliau suka membuat 'fatwa politik' pernah berkata bahawa adakala apa yang dikatakan terutama menjawab isu penting selama ini bertujuan politik dan semua orang tahu kecuali pengikutnya yang taksub membabi-buta.
Datuk Seri Hadi Awang yang berusia 64 tahun dan dipilih di DUN Marang pada 1982 kini berada dalam politik selama 29 tahun.
Hakikatnya ialah pemimpin ini tidak berjaya menjadi pemimpin di peringkat negeri dan jika diberi peluang sudah tentu mereka juga akan 'bergayut' di jawatan mereka demi untuk menyemarakkan politik perkauman bagi pemimpin DAP dan politik agama bagi pemimpin PAS.
Negara contoh
Perbezaannya ialah apa yang dilaksanakan oleh pemimpin BN sudah jelas dengan pelbagai pembangunan dilaksanakan di seluruh negara yang memberi banyak manfaat kepada rakyat. Jika tidak, negara ini tidak dijadikan contoh oleh negara membangun lain.
Itupun dimainkan oleh pemimpin pembangkang bahawa memang tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur kepada rakyat. Jika kerajaan lemah dan urustadbir yang tidak cekap, segala pembangunan tidak dapat dilaksanakan seperti di negara yang sudah merdeka lebih awal dari Malaysia.
Rakyat perlu buka mata dan minda. Jangan dengar tohmahan mengikut sedap mulut pembangkang.
Pemimpin pembangkang yang telah diberi mandat memerintah di beberapa negeri 'terkial-kial' untuk mentadbir negeri dan sering menuding jari kepada orang lain demi untuk menutup kelemahan mereka.
Kerajaan Negeri PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20 tahun menyebabkan negeri itu terus menjadi mundur dan penduduknya mencari peluang pekerjaan di negeri lain atau bandar-bandar besar.
Mereka yang tinggal di negeri itu hidup sengsara kerana pelbagai masalah termasuk bekalan air dan juga pembangunan yang tidak sekata. Ini termasuk menggondolkan Lojing yang satu ketika itu dulu indah dan menawan.
Tidak pedulikan Melayu
Di Pulau Pinang, kerajaan negeri DAP menjalankan pemerintahan ala negara jiran yang tidak mempedulikan nasib rakyat terutama orang Melayu dengan merobohkan gerai-gerai walaupun mereka memohon dan merayu agar dipertimbangkan tindakan itu.
Tindakan yang diambil terhadap peniaga Melayu itu ala negara jiran yang menyebabkan penduduk negeri itu menyesal memilih parti pembangkang. Apa hendak buat, nasi sudah menjadi bubur.
Kini rakyat perlu sedar bahawa janji-janji manis pembangkang sebelum pilihan raya perlu diamati betul-betul kerana BN memberi jaminan tetapi pembangkang memberi janji.
Tepuk dada, tanyalah selera. – Oleh Datuk Ibrahim Yahaya, beliau adalah penasihat media Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
P/S – Paku dulang paku sepih, mengata orang depa yang lebih.  Lebih teruk lagi ada yang sampai pakai tongkatpun nak jadi pemimpin lagi. Sampai boleh kata, biar badan tidak kuat tapi, pemikiran masih baik. Nak menongkat langit agaknya…cuba teka siapakah dia yang penulis maksudkan? Yang pakai kerusi rodapun ada...


1 comment:

hafiz said...

Tu la geng2 PR
lain kali tengok diri sendiri dulu