Salam semua®…
Pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan rakaman aksi seks yang tersebar di laman perkongsian video YouTube dinasihatkan supaya tidak 'marah-marah' kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.
Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, para pemimpin pembangkang yang lain pula tidak perlulah membuat kenyataan sebelum siasatan selesai kerana dakwaan itu mungkin menguntungkan mereka seandainya polis mendapati ia tidak berasas.
Mengakui isu berkenaan membebankan kerajaan kerana dituduh melakukan konspirasi oleh pembangkang, Mohamed Nazri menegaskan pihaknya juga tidak boleh bertindak mendahului siasatan rasmi polis.
"Jadi (pembangkang) takut apa, tak usah takutlah, saya rasa tak apalah, mungkin pada peringkat awal ia menyusahkan kerajaan.
"Tetapi kita berminat untuk mencari kebenaran dan akhirnya kebenaran itu akan muncul juga," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bangunan Mahkamah Samarahan di sini, hari ini.
Petang semalam, sebahagian lagi rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman YouTube dan dipaut oleh beberapa laman blog.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membuat laporan polis dan menafikan beliau ialah individu dalam rakaman berkenaan.
Sementara itu, ditanya mengenai pendirian pembangkang yang membuat kesimpulan awal bahawa pemimpin kanan itu tidak bersalah, Mohamed Nazri berkata, ia tidak sepatutnya berlaku.
"Kalau dia buat apa sekalipun, akhirnya (jika) didapati yang pelaku itu orang berkenaan, itu mana boleh dinafikan, dia nak kata orang lain?," katanya.
"Apabila pasti dan diputuskan karakter dalam video itu ialah orang berkenaan, saya rasa kalau dia nak drama pun tak bolehlah, kalau dia... dialah," tegasnya yang mengakui belum menonton rakaman video berkenaan dengan alasan 'geli' untuk berbuat demikian.-Utusan
No comments:
Post a Comment