Wednesday, April 27, 2011

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,”- Mustafa Ali.


Salam semua®…
Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.
Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.
“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.
“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.
“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.
Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.
“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”
Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.
“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.- Utusan
P/S – Dia sebenarnya takut kot-kot PAS lari meninggalkan mereka. Tanpa PAS siapalah PKR. Alamatnya terkuburlah PKR nanti…..Sepatutnya Azmin tak patut layan Mustafa lagu tu. Belum apa-apa, dah nak tunjuk kuasa. Cuma PAS saja yang tak mahu faham…..


1 comment:

Anonymous said...

bunga bunga keretakan antara kebenaran dan kebatilan diantara pas dan pkr telah berputik. kebenaran pasti menghapuskan kebatilan. teruskan sembahyang hajat dan majlis bacaan yasin wahai penyokong pas, saya pasti akan ada diantara pemimpin pas mula nampak sinarnya. oh ya minta saya kerana ramai yang tidak percaya pelakun itu adalah anwar maka doakanlah agar pelakun itu ditimpa bala bencana dan musibah yang tak kunjung padam. dan jangan lupa semasa sembahyang hajat dan bacaan yasin mega itu ajak anwar, azmin, wan azizah dan nurul tentu mereka bersemangat untuk hadir serta seluruh penyokong pas dan pkr, buatlah di padang mana pun, tetapi janganlah berdemontrasi tidak baik untuk ekonomi dan keamanan negara. buat sembahyang hajat dan bacaan yasin mega itu secara aman dan harmoni.