Friday, April 01, 2011

KEPUTUSAN ISU INTERLOK BELUM BOLEH DIKIRA SEBAGAI MUKTAMAD SELAGI KERAJAAN TAKUT MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGACAU POLITIK…


Salam semua…
Timbalan Perdana Menteri menyifatkan desakan terbaru berhubung isu novel Interlok kini adalah mainan politik parti pembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO). “Isu ini sudah selesai. Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang mendesak, sama ada ia dipinda atau ditarik balik, saya tidak akan kompromi.
“Ini sudah jadi keputusan kerajaan yang sudah diumumkan dalam Parlimen dan sudah disahkan. Kita berpegang kepada penyelesaian isu ini dan tidak mahu ia terus dipolitikkan, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan agihan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir yang melanda sekitar daerah Muar pada awal Februari lalu di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.
Muhyiddin berkata, isu Interlok kini sengaja ditimbulkan semula pembangkang di sebalik NGO terbabit, sebagai strategi menghidupkan isu berkenaan bagi menyemarak rasa benci kaum tertentu kepada kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang mempolitikkan isu novel terbabit sebagai alat untuk meraih sokongan politik kerana menyedari kempen pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan.
“Mereka melihat kepada pilihan raya Sarawak dan isu ini bertujuan meraih sokongan politik secara memperalatkan Interlok. Saya sudah tahu muslihat mereka.
“Bagi saya, ini sikap tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan bukan soal nak redakan keadaan, sebaliknya bagi mereka kalau tak selesai lagi bagus supaya terus semarakkan rasa benci kepada kerajaan," katanya.
Beliau berkata, menyedari hakikat itu, kerajaan tidak akan tunduk, sebaliknya proses pembelajaran akan berjalan seperti biasa dengan proses penambahbaikkan yang akan dibuat. –Berita Harian
P/S – Masa, tenaga dan wang ringgit telah banyak digunakan bagi tujuan penyelesaian isu Interlok ini. Mesti ada kata putus dalam hal ini kerana semua rakyat rimas dan terganggu dengan mainan politik puak-puak yang tidak bertanggung-jawab.
Semua yang patut kerajaan buat, telah dilakukan dengan baik lagi professional. Hanya tindakan undang-undang perlu diambil ke atas pengacau-pengacau politik yang selalu memainkan sentimen perkauman ini.
Sekarang bukannya masa untuk bertikam lidah lagi, lakukanlah yang terbaik untuk keharmonian orang ramai.

No comments: