Friday, April 15, 2011

BADI JAM OMEGA: ANUAR BUKAN SAJA PANAS MERABAN TETAPI TERPAKSA ANGKAT KAKI TANPA JAWAB SOALAN TUAI EDISON SUNGAP MELEKUN KETIKA CUBA BERKEMPEN DI KAWASAN RUMAH PANJANG DI KAPIT…BACA SETERUSNYA.


Salam semua…
Hah, selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim ingat terror sangat bila beliau ‘balun’ wartawan yang tanya pasal video seks dan jam Omega, rupa-rupanya kecut juga dengan tuai rumah panjang di Kapit yang tanya soalan panas itu.
Ketua Pembangkang itu bukan saja panas meraban tetapi terpaksa angkat kaki tanpa jawab soalan tuai Edison Sungap Melekun ketika cuba berkempen di kawasan rumah panjang itu, Rabu malam.
Selepas 20 minit ceramah, Edison tanya Anwar pasal isu liwat dan jam Omega, Anwar macam biasa bukan sahaja angkat kening tetapi angkat kaki tinggalkan majlis tanpa bersalaman dengan penduduk rumah panjang itu.
Bila ada wartawan dapat tahu pasal Anwar ‘cabut lari’, ada yang gelak.
“Selalu kalau kita orang suratkhabar yang tanya begitu dia tarik muka marah hentam kita balik...ingat terror sangat, akhirnya kena dengan tuai rumah panjang terus cabut ” ujar seorang wartawan yang sudah biasa dengan gelagat Ketua Umum PKR itu bila ditanya soalan panas.
Insiden itu turut dikomen Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin apabila ditanya Agendadaily dalam sidang media selepas majlis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Apong di Kuching, petang Khamis.
“Saya dapat tahu selepas dihujani soalan yang dia tidak selesa menjawab, dia lantas meninggalkan majlis mungkin kerana terperangkap dengan soalan sebegitu,” katanya.
Menurut Muhyiddin, ini menunjukkan penduduk rumah panjang juga mengetahui siapa Anwar sebenarnya.
“Mereka tahu latar belakang Anwar. Sepatutnya kalau dia pejuang rakyat, beliau tidak patut meninggalkan tempat itu sebaliknya beri penjelasan (jawab soalan)”.
“Tetapi kenapa dia susah nak jawab dan tinggalkan majlis itu,” tegas beliau.
Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN tidak menolak kemungkinan pembangkang mengimport penyokong dari Semenanjung bagi menimbulkan kekecohan pada hari pengundian Sabtu itu.
“Saya percaya mereka sanggup buat apa saja kalau terdesak...import orang dari Semenanjung yang kita tahu cara politik mereka berbeza dengan orang Sarawak, mungkin budaya samseng tidak dapat diterima pengundi di sini,” jelasnya lagi.
Muhyiddin berkata kedatangan mereka bertujuan menakut-nakutkan pengundi dan buat kacau.
Bagaimanapun, beliau yakin pihak SPR dan polis sudah buat kenyataan bahawa keadaan adalah selamat dan berharap pengundi-pengundi tidak akan diganggu ketika keluar mengundi.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan sebagai ‘biadap’ bila pembangkang menyamakan pemimpin dan calon SUPP sama seperti parti Orang Utan dalam kempen mereka.
“Sepatutnya ada tata etika dalam kempen sebab kita amalkan demokrasi. Barangkali kerana sokongan rakyat sudah meningkat, mereka memberi kata-kata seperti Orang Utan yang biadap.” katanya.
Ketika diminta mengulas kempen Umi Hafildai di Sarawak, Muhyiddin menjelaskan, adik kepada Azmin Ali itu menceritakan pengalaman beliau dengan Anwar .
“Cerita-cerita seperti itu tidak semua tahu. Dengan cerita seperti itu di sini, mungkin mereka (rakyat Sarawak) akan tahu kisah sebenar Anwar,” ujar beliau.
Muhyiddin juga menolak cakap-cakap mengenai adanya usaha membeli undi agi menyokong calon-calon BN.
“Tak tahulah parti lawan kalau mereka terdesak,” katanya sambil menegaskan BN terus berusaha memutihkan kawasan-kawasan yang dianggap hitam dan kelabu sebelum tarikh pengundian Sabtu ini.-14/4/2011. – Agenda Daily
P/S – Populariti dan aura Anuar sudah hilang nampaknya. Bayangkan pemimpin rumah panjang di Sarawak sendiripun boleh bagi soalan maut kepada beliau. Kalau tidak, masakan beliau boleh cabut lari meninggalkan ceramah. Penulis rasa hairan kenapalah beliau masih lagi bersusah payah berkempen sana sini yang akhirnya menguntungkan pengaruh DAP di Sarawak? Nampak sangat Anuar telah dipergunakan oleh DAP dalam memenuhi cita-cita politik mereka. Betul seperti mana kata-kata Karpal Singh ketika Konvensyen PR di Kepala Batas dulu.
Percayalah, dengan terlondehnya pendedahan demi pendedahan yang melibatkan integriti beliau (Anuar), penulis percaya tidak ada sesiapa lagi di Malaysia ini yang mahu percaya kepada ketokohan beliau termasuklah ahli dan pemimpin pembangkang sendiri.
Saki baki tenaga dan buah fikiran beliau sekarang ini hanyalah umpama batu loncatan terutamanya kepada pengaruh DAP di Sarawak.  PAS pula hanya dilihat syok sendiri kerana dasar perjuangan Islam mereka sudah tunggang terbalik serta caca merba disebabkan kerakusan pemimpin tertinggi mereka yang gilakan kuasa.
Apa yang nyata, rakyat Malaysia tidak boleh menerima dasar hipokrit parti pembangkang yang boleh merugikan masa depan semua rakyat Malaysia…..
Berfikirlah secara bijak, UNDILAH BARISAN NASIONAL.





 

No comments: