Tuesday, April 19, 2011

DI MANAKAH ANUAR ? PULANGLAH KE MALAYSIA DAN BERSIHKAN NAMA ANDA….



Salam semua…
Baik Anuar mahupun isterinya, Dr Wan Azizah ternyata kedua-duanya sehingga sekarang ini masih lagi gagal untuk tampil secara gentleman menepis secara terbuka di mana-mana sidang media tentang penglibatan Anuar mempergunakan blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin untuk membina jaringan fitnah yang terbesar dalam sejarah politik tanah air. Betapa dahsyatnya fitnah beliau bila mana DS Najib dan Isterinya, DS Rosmah sengaja dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya.
Amatlah menghairankan, tidak seperti sidang media mereka yang lepas-lepas, sehingga sekarang ini, Anuar serta Dr Wan Azizah gagal menjawab atau mengambil apa-apa tindakan balas ke atas Raja Petra Kamaruddin.
Sebaliknya Anuar dilihat menikus sehingga takut menghadapi kenyataan dengan membawa dirinya jauh ke kota  London. Inikah yang dikatakan pemimpin terulung yang kononnya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia? Bak kata pepatah Melayu “baling batu, sembunyi tangan”. Ternyata Anuar sekarang ini dalam keadaan terdesak.
Terdesak kerana terlalu banyak masalah yang ditimbulkan di negara kita. Semuanya adalah kerana masalah yang beliau ciptakan sendiri. Masalah integriti dan peribadi yang tercalit najisnya kepada semua orang. Ramai orang membencinya secara nyata dan diam. Tidak kurang ramainya juga yang terus memuja dek kerana sogokan kuasa dan janji-janji Putrajaya yang entah apa-apa.
Itulah manusia bernama Anuar . Adakah beliau masih lagi relevan kepada masa depan kita semua?


1 comment:

Anonymous said...

Nampak gayanya Misha Omar kena dendangkan lagu "PULANG LAH" Pontinak Sundal Malam...baru dia pulang kot.. ha.ha..