Saturday, April 16, 2011

MENGELAK DARIPADA MEMBUAT PENJELASAN BERHUBUNG KENYATAAN PENGENDALI PORTAL BERITA MALAYSIA TODAY, RAJA PETRA KAMARUDDIN MENGENAI KEPIMPINANNYA HANYA SELEPAS PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK ESOK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI PERCATURAN POLITIK KOTOR TERBARU ANUAR…


Salam semua…
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan memberi penjelasan mengenai kenyataan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai kepimpinannya selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak esok.
Beliau berkata, tindakannya untuk tidak menjawab dakwaan bekas teman rapatnya itu bukannya untuk mengelak, tetapi perkara itu boleh dibincang pada Ahad ini selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak.
"Ini adalah untuk tidak membenarkan sesiapa mengalihkan pandangan, sekarang ini menumpukan perhatian kepada pilihan raya, biar rakyat membuat pilihan," katanya di sini hari ini.
Anwar diminta mengulas kenyataan Raja Petra yang Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif dalam temu bual dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 semalam. - Bernama
P/S – Begitulah sikap jijik seorang yang bernama Anuar bila berada di pentas politik. Tengok, untuk menyatakan kebenaranpun beliau masih lagi ingin menangguhkan kenyataannya katanya esok, selepas PRN Sarawak ?  Kenapa tidak kelmarin atau hari ini saja?
Pada pandangan penulis, dalam janji beliau untuk menyatakan kebenaranpun beliau masih lagi bernafsu jahat mahu mengikut percaturan politik kotornya dengan mencipta pelbagai pembohongan demi pembohongan. Soal kebenaran baginya tidak penting kerana ianya boleh diterjemah dalam pelbagai suasana dan keadaan samada ianya memihak kepadanya atau tidak.
Tidak hairanlah hari ini beliau kata lain, besok pula kata lain….

No comments: