Monday, April 11, 2011

MUFTI KELANTAN, DATUK MOHD SHUKRI MUHAMAD : DI NEGARA KITA TIDAK ADA HUKUM HUDUD YANG PERLU EMPAT SAKSI. TUDUHAN BOLEH DIBUKTIKAN SAMADA MENERUSI RAKAMAN VIDEO ATAU GAMBAR…. PENUBUHAN SEBARANG SURUHANJAYA MEMBABITKAN KETUA PEMBANGKANG, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERLU DISOKONG…


Salam semua…
Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad, berkata penubuhan sebarang suruhanjaya bagi menyiasat kes video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa saja yang berprofil tinggi perlu disokong bagi mengelak fitnah daripada berterusan.
Beliau berkata, Islam sendiri menuntut sebarang tuduhan yang dilaporkan pihak tertentu diteliti dan disiasat sebaik mungkin bagi menyelesaikan kekeliruan di kalangan umatnya. “Sebarang tuduhan perlu diteliti dan disiasat dengan sebaik-baiknya. Dalam Islam, apabila datang orang fasik membawa berita, kita perlu pastikan berita itu, diselidik dan diperhalusi,” katanya semalam. Beliau diminta mengulas reaksi Majlis Peguam Malaysia kelmarin yang mempersoalkan desakan pelbagai pihak bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat klip video seks mengenai seorang lelaki dikatakan menyerupai Anwar dan menyifatkan desakan sedemikian sudah ‘tersasar’.
Presiden Badan Peguam Malaysia, Lim Chee Wee dilaporkan berkata mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, sesebuah RCI ditubuhkan untuk menyiasat perkara kepentingan awam, umumnya membabit atau mengaitkan institusi awam yang mempunyai kuasa terhadap beberapa aspek kehidupan atau kebajikan rakyat.
Ditanya adakah rakaman video aksi seks boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku di Mahkamah Syariah, Mohd Shukri yang juga Ahli Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berkata ia terpulang kepada mahkamah yang mengamalkan hukum takzir.
“Peruntukan yang ada di Mahkamah Syariah bukan bertaraf hudud, ia bertaraf takzir. Maka pembuktian pada peringkat takzir tidak sama pada peringkat hudud.
“Kalau kita tuduh sesiapa, tuduhan mesti dibuktikan sebab kewajipan orang menuduh kena buktikan. Sama ada menerusi rakaman video atau gambar, diterima atau tidak terpulang kepada mahkamah, sama macam Mahkamah Sivil yang terima DNA atau bukti lain seperti tuala.
“Sebenarnya undang-undang mahkamah di negara kita tidak ada hukum hudud yang perlu empat saksi (kerana) yang ada hukum takzir yang tahapnya tidak sekuat hudud,” katanya.
Takzir mengikut perundangan Islam ialah hukuman yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya oleh syariat atau hak manusia dalam setiap kesalahan dan terserah kepada budi bicara hakim menimbang dan memilih hukuman yang sesuai. – Berita Harian


4 comments:

nazir said...

erm,,,

1. sybas akhirnya ada juga mufti yg berani bersuara dan memberi pndangan berdasarkan undang2 islam dan option yg ada dlm perundangan islam.

2. Aku sokong sgt jika NUar di siasat serta di dakwa melalui keadah dibawah:-
a. Melalui siasitan PDRM.
b. Majlis agama Islam.
c. Badan siasatan bebas.
d. Suruhanjara diraja.

3. Dgn cara ni, apa pun keputusan yg bakal diterima rasanya semua pihak pasti akan menerimanya.

4. ZIZAH dan IZZAH tak nak siasat sendir ke video tu...? manalah mkin video tu tak tulin ke ke???

AL-AMIN said...

Mimber Jumaat 8 April, 2011 yang disampaikan oleh Imam Masjid Al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan tersangat marah kepada surat khabar yang membesarkan video sex Ketua Pembangkang itu. Katanya, tanpa empat saksi berdosa besar penyebar itu yang didakwa sebagai memfitnah.

Tok Imam keluar fatwa itu, dia sendiri fahamkah ehwal fitnah?.

Kalau mengikut Mufti Kelantan, negara kita tidak ada hukum hudud yang perlu empat saksi dan fatwa Tok Imam itu bagaimana ?.

Aku fikir Majlis Agama Islam Kelantan tolong tengok anak buahnya yang agak celupa ini, kelak apabila anak mukim tak peduli lagi fatwa Tok Imam, kalau sampai tak laku gadai, bagaimana hendak memakmurkan mukim ?.

Anonymous said...

Penceramah jadual kuliah selepas maghrib malam tadi di Taman Keramat,ambil masa setengah jam selepas azan isyak. Beliau emotional pasal media utama kononnya sebar fitnah berkaitan video lucah berkaitan dan berita d hebah, yang dibaca oleh semua peringkat umur. emo betul dia malam tadi. Tapi pandai juga, komen secara islamik lengkap dengan hadis. Buat mal orang Melayu etc orang asing tepuk tepuk lah, katanya.....

Anonymous said...

Yang taksub dengan pembangkang akan beri berjuta alasan dan tuduhan ...
Berilah sejuta bukti, tetap akan ada gasing yang berputar ....

Kalau KEPALA kaki Putar alam. EKOR juga ikut sama putar....

Bosan Dengan Sikap Pembangkang