Monday, April 11, 2011

NIK AZIZ BERBOHONG LAGI. KONONNYA PENTADBIRAN PAS KELANTAN BEBAS DARIPADA GEJALA PENYELEWENGAN TERMASUK RASUAH…



Salam semua…
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menempelak kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa kononnya pentadbiran Pas Kelantan bebas daripada gejala penyelewengan termasuk rasuah.
Mustapa berkata, walaupun kerajaan Pas Kelantan mendakwa mengamalkan pentadbiran Islam, tetapi masih wujud kepincangan dalam pelbagai projek yang dilaksanakan seperti Ladang Rakyat, Bazar Tok Guru dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (MPKB).
"Kenyataan Nik Abdul Aziz kononnya, Kelantan bersih daripada segala-galanya termasuk rasuah dan penyelewengan adalah tidak betul dan saya amat tidak bersetuju kononnya Kerajaan Persekutuan yang kotor dan tidak betul," katanya selepas merasmikan Dialog Kesihatan Kelantan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini-Utusan
P/S – Nik Aziz menggunakan perkataan bebas, maknanya tidak ada langsung penyelewengan. Betul ke ?....Beliau sepatutnya berhati-hati bila membuat kenyataan seperti ini. Takkanlah tidak ada penyelewengan langsung.
Nampak sangat Nik Aziz cuba berbohong kepada orang ramai. Sindrom cakap bohong di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat semakin popular dan menjadi-jadi sekarang ini.
Penulis tidak mahu senaraikan apakah penyelewangan mereka ( kerajaan PAS Kelantan ). Terserahlah kepada orang ramai termasuk rakyat negeri Kelantan yang sendiri menilainya samada kenyataan Nik Aziz di atas benar atau tidak.

No comments: