Tuesday, April 05, 2011

KARPAL SINGH POOOSING LAGI…. SEKEJAB SURUH TAYANG VIDEO SEKS DI PARLIMEN KATANYA ADA IMUNITI, SEKEJAB PULA TAK MAHU SURUHANJAYA SIASATAN ALASANNYA KES ITU TELAH DILAPORKAN KEPADA POLIS. APA LAGI YANG DIA NAK POOOSING NI…

                                                        Lepas kena sound dengan Kak Wan kot lepas tu, tukar statement…
Salam semua…
Penulis bertambah pening dengan telatah sorang lawyer tua yang berbeli-belit lidah ini. Sekejab suruh tayang video seks di parlimen katanya ada imuniti, sekejab pula tak mahu suruhanjaya siasatan alasannya kes itu telah dilaporkan kepada polis.
Kalau bukan kerana keadilan, apa yang beliau mahu sebenarnya. Spin sana, spin sini. Yang sakit hatinya, adakah patut beliau kata Suruhanjaya Siasatan Diraja lazimnya ditubuhkan bagi menyiasat perkara-perkara besar seperti rakaman video Lingam. Awat, dia ingat kes video seks Anuar ni kes kecik ka? Cakap ikut sesuka hati beliau saja.
Ikuti kenyataan Karpal Singh seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini.
Pakatan Rakyat akan menolak sekiranya usul menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang dibentangkan di Parlimen.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata isu berkenaan tidak memerlukan kepada penubuhan suruhajaya kerana kes itu telah dilaporkan kepada polis.
"Suruhanjaya siasatan diraja lazimnya ditubuhkan bagi menyiasat perkara-perkara besar seperti rakaman video Lingam yang membabitkan pegawai tinggi," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, BN akan membawa usul penubuhan suruhanjaya itu ke Parlimen.
 

1 comment:

zero tu hero said...

Biasela tu, 'double standard' puak Pakatan Renyuk. Mase Chua Soi Lek dulu bukan main lg dorang soh amik tindakan itu ini. Bile kene kat "Anugerah Tuhan" dorang, mcm2 alasan dan helah dorang buat. Karpal Sinki Poosingh ni mmg terkenal dgn kaki putar alam dan ckp tak serupa bikinnya. Lebih baik quit je jd peguam, dah xde kredibiliti dah asyik nak poosingh je.

Kakitangan Kerajaan Dapat Loan?