Tuesday, April 05, 2011

TERKINI! DR WAN AZIZAH TERKANTOI…TIDAK BOLEH JAWAB DI MANA JAM OMEGA DS ANUAR?. SEBALIKNYA BELIAU TIBA-TIBA BEREMOSI DAN MEMARAHI WARTAWAN YANG BERTANYA…


Salam semua…
Amat melucu dan memalukan bila Dr Wan Azizah gagal mengawal emosi beliau bila ditanya oleh wartawan di manakah jam Omega suaminya sekarang? Beliau tiba-tiba menunjukkan keresahan beliau (dengan menoleh kiri dan kanan) sambil berkata sesuatu yang gagal difahami oleh para wartawan (umum sedia maklum bahawa jam berkenaan telahpun diserahkan oleh Datuk Eskay kepada Polis ). Sebaliknya beliau secara spontan bertindak balas memarahi wartawan yang bertanya sambil dibantu oleh anaknya, Nurul  Izzah.
Suasana kembali tenang bila Datuk Khalid Ibrahim masuk campur dan menjawab soalan-soalan wartawan dengan lebih tenang dan bersopan. Semua babak-babak lucu dan memalukan ini telah ditayangkan oleh TV 3 dalam siaran berita jam 8.00 malam tadi.
Penulis rasa Dr Wan Azizah tidak menduga soalan maut itu boleh terkeluar di dalam sidang media beliau yang diadakan semata-mata sebagai tindak balas beliau dan keluarga bagi menafikan keterlibatan suaminya di dalam video seks yang tersebar meluas di blog-blog dan di laman Youtube.
Di dalam perkara yang berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata “ polis sudah menyelesaikan siasatan mereka berhubung video ini dan akan memanjangkan perkara ini kepada Peguam Negara”.
Sama-samalah kita memberikan kepercayaan yang penuh kepada polis dalam merungkaikan kisah sebenar di sebalik  kes video seks ini yang hangat ini….


No comments: