Tuesday, April 19, 2011

PAS SEPATUTNYA TERIMA KRITIKAN SECARA TERBUKA DAN BUKANNYA MENGHINA AHLI AKADEMIK, PROF ABDUL AZIZ BARI. BACA SETERUSNYA…


Salam semua…
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan penganalisis politik, Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.
Selain itu, katanya pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.
Tambahnya, ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008.
Malah, katanya jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi  dari 7 kerusi pada 2004.
“Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah Presiden,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden PAS menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal.
“Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihan raya baru-baru ini,” katanya lagi.
Katanya, pilihan raya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tetapi kali ini 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden PAS telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.
Menurutnya, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September.
“Di tadika manakah fakta ini diperolehinya?
“Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai prof atau sekadar mengantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi?” soalnya.
Nampaknya, kata beliau Aziz sengaja mengkambinghitamkan Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca.
Justeru, DPPWP menasihatkan agar Aziz tidak memalukan golongan ahli akademik yang selama ini bercakap atas fakta dan kajian yang lebih berfakta.
Katanya, jika beliau tiada modal untuk bercakap baik diam sahaja dari terus melalak seperti orang bijak yang kelihatan kurang bijak menggunakan ilmunya.
“DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS di atas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004,” katanya.-Harakah Daily

P/S- Begitulah sikap PAS bila timbul komen terbuka ke atas mereka. Mereka cepat melenting tanpa perlu mengkaji atau muhasabah diri sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau tidak.
Mencerca orang dengan kata-kata yang penuh penghinaan bukanlah amalan daripada ajaran Islam. Menyamakan seseorang ahli akademik bertaraf prof dengan budak tadika bolehlah dianggap keterlaluan.
Banyak-banyaklah bawak mengucap dan beristiqfar….

 

6 comments:

Anonymous said...

Puak-puak PAS ni hanya suka mendengar orang memuji dan mengagungkan mereka sahaja.
Mereka benci orang yang mengkritik mereka walaupun kritikan yang membina.
Sebab tulah puak PAS bersekongkol dengan DAP sebab DAP memuji mereka walaupun memuji dengan penuh kepuraan dan ejekan...

Anonymous said...

Aziz org PKR... sebab nak promote husam bertanding sebagai presiden.. kenyataan aziz adalah provokasi supaya ahli pas menyokong husam (org anu war) so sekarang anwar dah semakin hilang taringnya maka org anwar didalam pAS akan memainkan peranan supaya puak2 erdogan ini menguasai PAS. PKR mana ada ahli.. mengharap ahli PAS je.. tgk saja bila buat demo.. siapa yang berguling di atas jalanraya.. terpekik melolong.. semua ahli PAS.. mana ahli PKR samsul pendek ada le.. so org PAS mesti faham golongan yang hendak mengguling presiden.. Pof aziz Bari.. penyokong tegar nuar berahi...

Anonymous said...

Aziz sama bangang dengan PAS

tabligh said...

Salam,

Teringat saya zaman dolu-dolu,jika pergi ke restoran atau gerai,ada alat yang dipanggil juke-box.Dengan alat juke-box inilah kita bubuh duit 20 sen untuk membuat pilihan lagu yang akan menghiburkan para pelanggan restoran.
Kita boleh pilih lagu apa yang nak dimainkan.

Jadi,siapakah yang telah memasukkan duit kedalam juke-box itu bagi mendendangkan lagu yang diminatinya?

Sila baca postings terbaru saya:

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/04/mesti-baca-penyelesaian-kepada.html

Anonymous said...

Apabila zentrum buat kajian yg salah tapi menguntungkan mereka tidak seorang pun mempertikai Prof. Abu tu.

Al-Amin said...

Saya tak percaya kata-kata pas memperjuangkan islam kerana tindak-tanduk mereka dan fatwa mereka berkecamuk, sekali haram dan dalam masa lain halal.

Kalau dasar islam hanya dihujung lidah nik aziz saja, maka dasar itu akan dihanyut oleh LKS, LGE dan Karpal Singh ke laut, jika tidak kembali ke pangkal jalan Allah.


Dasar islam pas, "pertanian satu ibadah". Kenapa pertanian sahaja?. tidakkah kerja dunia ini satu ibadah. Inilah gayanya orang yang tidak belajar ugama dan islam secara menyeluruh. Sebab itulah fatwa pas kini sudah jadi putar alam.