Monday, April 11, 2011

PEMILIK JAM OMEGA YANG DICURI OLEH PELACUR CINA AKAN DIKETAHUI : TPJSJBA, DATUK ACRYL SANI ABDULLAH SANI BERKATA POLIS TELAH MENYERAHKAN KAD PENDAFTARAN JAM ITU KEPADA SYARIKAT YANG MENGEDARNYA BAGI TUJUAN PENGESAHAN SIAPA PEMILIKNYA.



Salam semua….
Datuk Seri Anwar Ibrahim nak mengamuk ke...Datuk Seri Wan Azizah Ismail nak melenting ke ...Nurul Izzah nak marah ke...Tan Sri Khalid Ibrahim nak membebel ke bila wartawan tanya pasal jam Omega,fakta tetap fakta.
Ahad semua orang lihat bagaimana Ketua Umum PKR itu naik angin bila wartawan wanita TV 3 tanya beliau berkali-kali pasal jam Omega itu.
Semua orang nak tahu pasal jam itu kerana Datuk Sharzly Eskay Abdullah,yakni salah seorang anggota Datuk T dakwa sudah serah ke tangan polis.
Dari kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani Isnin sah seutas jam tangan untuk siasatan kes video seks itu memang ada pada polis.
Katanya pada wartawan sehingga kini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada akan meminta Anwar menyerahkan jam tangan Omega beliau ( yang didakwa masih ada padanya) kerana ia bergantung hasil siasatan yang dijalankan.
Menurut Acryl Sani pihaknya percaya pemilik jam tangan itu akan dapat dikenal pasti menerusi kad pendaftaran yang dikeluarkan syarikat pengedar kepada pembelinya.
Katanya, identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks akan diketahui tidak lama lagi.
Jelas beliau, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.
"Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diberikan," katanya
Pada Selasa 5 April lalu Wan Azizah melenting dan dakwa jam Omega itu ada padanya masa sidang akhbar di rumhnya.Beliau bagaimanapun enggan tunjuk jam itu.
Nurul Izzah juga marah bila didesak tunjuk jam itu.Menteri Besar Selangor pula membebel panjang mempersoalkan wartawan tanya mengenai jam itu.
Dalam sidang akhbar di Kuching Ahad Anwar dakwa beliau tidak serah jam itu kerana polis tidak minta darinya.
Para wartawan yang kerap membuat liputan sidang akhbar Anwar sudah lali dengan stailnya yang kurang gemar wartawan tanya soalan nak korek lebih lanjut dan provokatif.
Bila ini berlaku beliau mulalah keluar skipnya tuduh wartawan ada agenda dan macam-macam untuk memalukan wartawan ditengah sidang akhbar.
Apa sekalipun semua kena tunggu hasil siasatan polis dari syarikat pengedar.
Difahamkan setiap jam berjenama ada nombor siri dan siapa yang belinya.
Juga ada yang kata jam Omega yang dipakai Anwar itu dihadiahkan oleh rakannya dalam kerajaaan Arab Saudi dan ada lambing negara itu pada jam berkenaan.
Dan...jangan lupa Eskay juga dakwa Anwar ada hantar SMS padanya pada malam (didakwa berlaku aksi dengan pealcur China) minta beliau tolong jaga jam itu yang diambil balik dari tempat itu.
Eskay dakwa jam itu cuba dicuri pelacur berkenaan semasa ( orang yang berwajah Anwar dalam video) itu masuk ke bilik mandi.
Eskay dakwa SMS dari Anwar masih tersimpan dalam telefon bimbitnya.
Juga perlu diingat ujian DNA boleh dibuat keatas jam itu berasaskan peluh dan daki sipemakainya.
Makanya fakta tetap fakta...Anwar bukan saja kena berjawab bab jam itu tetapi juga tentang SMS yang dihantar pada Eskay dan kelak ujian DNA.
Satu fakta mungkin boleh dipertikaikan...tetapi bagaimana dua dan seterus tiga fakta berkenaan.-Sumber Agendadaily, 11/4/2011
P/S – Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan ..biarkan…biarkan…




1 comment:

Anonymous said...

Mana polis dapat kad pendaftaran jam 2? Kalu dah ada kad pendaftaran, dah tau la sapa pemiliknya.