Monday, April 11, 2011

ISU VIDEO SEKS: DR WAN AZIZAH, DENGARLAH RINTIHAN KAMI. TUNJUKKANLAH JAM OMEGA ITU!

                                                                                                                   Gambar hiasan

Salam semua…
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya tampil dengan bukti yang beliau menyimpan jam tangan jenama Omega milik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia bagi menjernihkan keadaan ekoran isu video seks yang mengaitkan pemimpin pembangkang itu baru-baru ini.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sikap Wan Azizah yang berdolak-dalik mengenai kewujudan jam tangan itu menyebabkan ahli parti dan pengikutnya meragui beliau.
"Saya sendiri hairan dengan sikapnya itu. Beliau sepatutnya membuat tindakan supaya penyokongnya tidak meraguinya.
"Banyak pihak meminta secara baik agar menunjukkan jam tangan itu. Jadi beliau tidak perlu menolak jika jam itu benar-benar ada padanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Azizah baru-baru ini pada sidang akhbar yang menyatakan beliau menyimpan jam tangan milik Anwar itu namun mengelak daripada menunjukkannya apabila diminta berbuat demikian oleh wartawan yang hadir.
Trio Datuk T sebelum ini mendakwa jam tangan milik Anwar itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung isu video seks itu.
Keengganan Wan Azizah menunjukkan jam tangan yang didakwa ada dalam simpanannya itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak yang sangsi dengan kenyataan beliau.-Utusan
P/S - Penulis harap NGO-NGO wanita sama-sama memainkan peranan dalam mendesak Dr Wan Azizah bercakap benar dengan menunjukkan jam Omega milik suaminya kepada orang ramai.
Apa yang susahnya. Kalau beliau masih lagi berdegil dan tidak mahu menunjukkan bukti jam Omega itu berada di dalam simpanannya, ini memberikan bukti yang kukuh bahawa beliau sebenarnya berbohong kerana umum mengetahui jam Omega milik DS Anuar sebenarnya telah diambil oleh pelacur Cina dan kemudiannya telah diserahkan oleh saksi kes video seks ini, Datuk Eskay kepada pihak Polis.
- Kita sebenarnya bukanlah mahu menyelak keaiban orang, tapi dalam Islam, tuntutan supaya kita bercakap benar  perlu diperjelaskan dengan sebaik-baiknya. Untuk itu, kita tunggu apa komen bekas Mufti Perlis, Ustaz Asri dalam hal bercakap benar ini....(harap beliau tidak memilih-milih isu)..

1 comment:

Anonymous said...

Yang pasti, anwar memang tak pandai pilih kawan. Semua yang membuka aib dia samada benar atau tidak, semuanya org yang dia angggap kawan dan orang inner circle. Bukan senang nak cari kawan yang tergamak buka aib orang lain sebegini walaupun ianya benar. Naudzubillah dari dapat kawan2 seperti ini. Ular dalam mi. Cuma anwar ni, camana nak jadi PM kalau tak pandai pilih kawan ? Dari dulu sampai sekarang, semua yang jatuhkan dia kawan2 baik dia lah.

Dan ingatan pada mereka yang kutuk kak wan. Kak Wan berdiri teguh dibelakang suami dia, tak kiralah samada kerana dia benar atau semata kerana nak menutup aib suami, baginya pahala dari Allah swt.

You all duduk mengutuk dia dalam bersangka sangka dan berteka-teka tanpa bukti yang jelas - dapat apa tu ? Kalau dia benar, jatuh fitnah atas dia. Kalau dia bohong, jatuh mengumpat atas dia. Camana hangpa nak minta maaf ? Haishhhhh !