Salam semua®…
Datuk Seri Najib Razak merupakan pemimpin pilihan untuk rakyat Malaysia kata Datuk Seri Chua Soi Lek, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya kerap kali bercakap bohong.
Presiden MCA itu juga percaya, pembebasan daripada pertuduhan liwat terhadap Anwar telah membersihkan imej perdana menteri dan bukannya ketua pembangkang tersebut, dan membuktikan ketelusan Badan Kehakiman - garisan yang digunakan pentadbiran Najib selepas keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.
Sehubungan itu, Dr Chua (gambar) menolak dakwaan bahawa pembebasan tersebut meletakkan kedua-dua musuh politik itu setaraf, dan mustahil akan mempunyai satu kesan besar dalam keputusan pilihan raya umum akan datang.
“Dari sejak mula, ia bukanlah berada dalam kedudukan yang setaraf dan kajian-kajian telah menunjukkan Najib lebih popular berbanding dalam caranya yang tersendiri.
“Kajian mereka (pembangkang) juga mengesahkannya. Jadi, ini bermakna, mereka tidak bermula di atas padang yang sama,” jelas Dr Chua kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif di sini.
Berdasarkan analisis pembebasan Anwar yang mendapat liputan meluas, penganalisis berpendapat, kedua-dua pesaing politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berada dalam keadaan sama-sama di hadapan bagi merebut sokongan rakyat kumpulan pertengahan Malaysia.
Tambah mereka, dengan berakhirnya kes liwat tersebut, kedua-dua belah pihak mula beralih perhatian membangunkan ekonomi dan pembaharuan bagi memastikan Malaysia kekal kempetitif.
“Kesan positif daripada kes berkenaan telah menyeimbangkan padang permainan mereka,” menurut Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre kepada The Malaysian Insider.
Namun begitu, jelas Dr Chua, populariti awal Anwar menurun apabila beliau kembali semula ke dalam arena politik beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya rasakan beliau telah beberapa kali digelar penipu, pertama, apabila mereka katakan mereka akan mengambil alih kerajaan. Saya masih ingat lagi saya pernah menerima SMS yang mengatakan Agong akan menerima angkat sumpah daripada Anwar sebagai perdana menteri yang baru.
“Apabila anda terlalu kerap berbohong, akan tiba masanya di mana orang akan hilang kepercayaan terhadap kamu,” katanya.
Dr Chua merujuk kepada cubaan rampasan kuasa oleh Anwar pada 16 September, apabila ketua pembangkang itu telah menggembar-gemburkan akan berlakunya pembelotan beramai-ramai daripada BN yang akan menyaksikan pakatan pembangkang menawan Putrajaya.
Percubaan yang gagal itu terus menghantui Anwar sejak beberapa tahun, dengan pemimpin BN melaungkan kepada masyarakat,insiden itu menunjukkan betapa ketua pembangkang itu kerap menipu dan membohongi rakyat.
“Kemudian, rakyat, apa yang digelar “PM yang dilantik” itu, apa lagi yang dia telah buat?
“Ini kerana RPK (penulis blog Raja Petra Kamaruddin) telah menegaskan — dalam masa tiga tahun, dia (Anwar) telah pergi luar negara 60 atau 100 kali. Bolehkah anda bayangkan? Pergi ke seluruh dunia, memberi ceramah. rakyat boleh melihat samada beliau hanya memutarkan isu, dan bermain politik,” kata Dr Chua lagi.
Sebaliknya pula, menurut bekas Menteri Kesihatan ini, Najib tetap fokus dalam pentadbirannya dan melakukan perubahan terhadap ekonomi negara.
“Sama ada kamu memihak kepada Najib atau tidak, beliau telah bekerja keras bagi melakukan transformasi ekonomi negara ini dan kesemua petunjuknya menunjukkan, terutamanya pelaburan langsung asing kita meningkat,” tambahnya.
Menurut Dr Chua, komuniti perniagaan adalah “kumpulan yang praktikal” yang berpegang kepada penyampaian adalah lebih utama berbanding retorik politik, dan bagi penghormatan tersebut, Najib telah jauh mendahului Anwar dari segi perbandingan populariti.
Didorong oleh faktor rasa bagus berikutan pembebasan Anwar dan pemberian-pemberian tunai daripada Belanjawan 2012, secara meluasnya, menjangkakan Najib akan melaksanakan pilihan raya dalam masa terdekat, memandangkan mandat BN memerintah akan tamat pada bulan Mei 2013.-The Malaysian Insider.
P/S – Penulis percaya 100% kata-kata di bawah ini yang mengambarkan sikap sebenar orang-orang Cina.
Kata Dr Chua, komuniti perniagaan adalah “kumpulan yang praktikal” yang berpegang kepada penyampaian adalah lebih utama berbanding retorik politik, dan bagi penghormatan tersebut, Najib telah jauh mendahului Anwar dari segi perbandingan populariti.
Tetapi, nasihat penulis, ianya bukannya setakat kata-kata. Sebaliknya, ianya mestilah dizahirkan dengan mengundi kerajaan BN sebagai ucapan terima kasih dan barulah nampak ikhlas seperti “cakap serupa bikin” kata orang-orang Cina.
1 comment:
Dua-dua tu tak popular. CSL lagi popular. Tapi dia orang popular dalam negara sahaja. Yang lebih popular dari mereka semua adalah Big Mama. Cukup popular. Dari dunia Africa, Arb, Amerika, Eropah dan Australia. Cukup Bangga. Bangganya aku menjadi penyokong UMNO.
Post a Comment