Tuesday, January 03, 2012

AUKU – Saifuddin Oh Saifuddin…


Salam semua®…

Mari kita tengok kebijaksanaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (TMPT), YB Saifuddin Abdullah dalam menangani isu ini. Itulah lain kali, mahasiswa universiti seperti mereka ini perlu diberi kefahaman terlebih dahulu tentang apa yang boleh dan apa yang tidak kalau AUKU dipinda. Sebagai pemimpin yang berstatuskan menteri, beliau sepatutnya perlu berfikiran jauh kehadapan.

Ini tidak, oleh kerana TMPT terlampau teruja dengan AUKU, sampai  beliau terlupa memberi nasihat supaya mahasiswa lebih beretika dalam tindakan mereka. Peristiwa di UIA, UM, PWTC dan yang terbaru di UPSI amat jelas menunjukkan bahawa mahasiswa universiti perlu diberi bimbingan dan nasihat supaya mereka belajar menghormati peraturan.

Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan agensi yang berkaitan  di bawah mereka perlu cepat bertindak dan berkerjasama dengan semua IPTA dan IPTS menangani masalah ini dengan memberi penerangan dan taklimat yang sewajarnya agar semua mahasiswa faham tentang peranan mereka sebagai pelajar dan dalam masa yang sama sebagai penyokong yang beretika kepada mana-mana parti politik yang mereka suka.

Bukan senang hendak jadi TMPT. Aktif bertwitter dan berSMS bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah pelajar. Jangan sampai jadi, hari ini kita berkerja keras meminda AUKU untuk mereka (mahasiswa), esoknya pula mereka kerjakan kita pula.....

Sekadar menasihati…..

2 comments:

fadzli said...

Salam,
Saya sebagai seorang ahli akademik kurang berkenan dgn TM KPT sekarang,byk mendorong pelajar utk berpolitik.Beliau tak melihat dari sudut pendidik atau negarawan spt Tun M (yg adakan AUKU),tapi melihat dari segi ahli politik.

Anonymous said...

salam

Cara dan tindakan TM KPT saifuddin seperti ada sesuatu yang tersembunyi, banyak ucapan dan komen beliau seolah-olah mirip pemimpin PR. Peluang masuk ke U mesti disyukuri. mereka belum matang, pimpinlah mereka, buatlah perkara yang betul... niat utama sehingga habis belajar... lulus dengan cemerlang. yang terlajak kembalilah ke pangkal.. kenangkanlah waris anda di kampung..