Tuesday, January 24, 2012

DESAKAN TERBARU ADAM ADLI ABD HALIM DAN TIGA KUMPULAN MAHASISWA KE ATAS PIHAK PENGURUSAN KUIN DAN USTAZ AZIZAN JELAS MEREKA KONSISTEN DALAM PERJUANGAN.


Salam semua®…
Penulis kali ini berpendapat tindakan terbaru Legasi Mahasiswa Progresif yang diterajui aktivis siswa kontroversi Adam Adli Abd Halim yang menggesa hukuman terhadap pelajar KUIN ditarik balik dan  permohonan maaf dibuat oleh pihak pengurusan KUIN dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak adalah konsisten dan lebih berhemah kali ini.
Pengalaman mereka terdahulu banyak mematangkan aktivis pelajar ini dalam menyatakan pandangan dan bantahan mereka secara lebih bijaksana dan di dalam suasana yang lebih matang sesuai dengan status mereka sebagai pelajar Universiti  yang berani bersuara bagi menyatakan pandangan mereka.
Sikap mereka yang tidak memilih-milih dan tidak bersandarkan kepada mana-mana parti politik kali ini mencerminkan mereka berjuang atas kapasiti mereka sebagai pemimpin pelajar  yang inginkan perubahan dalam sketsa pemikiran pelajar-pelajar Universiti kritis di alaf baru.
Tindakan positif dan berhemah kali ini sedikit sebanyak akan memberikan ruang untuk mereka berbincang dan berdebat secara baik tanpa melakukan provokasi dan tindakan liar yang tidak langsung mencerminkan mereka sebagai Universiti yang pintar dan terpilih untuk belajar di menara gading.   

Ikuti laporan penuh yang disiarkan oleh Malaysiakini:
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak terus menerima kritikan daripada kumpulan mahasiswa kerana mempertahankan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikendalikannya.

Dalam kenyataan terbaru, tiga kumpulan mahasiswa - termasuk Legasi Mahasiswa Progresif yang diterajui aktivis siswa kontroversi Adam Adli Abd Halim - menggesa hukuman terhadap pelajar KUIN ditarik balik dan permohonan maaf dibuat.

"Tarik balik hukuman terhadap mereka dan sedia pohon maaf terhadap kezaliman ke atas mereka (mahasiswa), atau KUIN dan Ustaz Azizan akan terus dikenang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya berjanji kosong," kata mereka.

Mereka juga mengingatkan pemimpin PAS itu bahawa mahasiswa yang digantung KUIN itu berani menyatakan kebenaran dan bukan pengamal budaya ampu, seperti didakwa berlaku pada "orang sekelilingnya".

Kumpulan mahasiswa berharap lebih ramai pihak tampil membantah tindakan yang didakwa bukan sahaja tidak menghormat mahasiswa tetapi juga melanggar janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga.

Selain Adam Adli, kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Khalid Mohd Ismath dan Setiausaha Akhbar Aksi Mahasiswa Peduli Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Sebelum ini, pelbagai pihak sudah menyatakan bantahan mereka, termasuk Pemuda PAS, kumpulan peguan dan aktivis mahasiswa.

1 comment:

sasha2020 said...

Jgn jadi bodoh..

Azizan buat kerja ikut undang undang...

Kalau tak puas hati, berbincang dgn secara ilmiah untuk meminda atau memansuhkan AUKU..

Kalau macam ni punya bodoh punya cara (tak ada hikmah, kurang ajar lagi), siapa nak ikut...

kebebasan mahasiswa bukan bermakna boleh kutuk org, demo sana sini, cakap kurang ajar, buat benda tak senonoh dan kurang ajar..

Tunjukkanlah anda adalah org terpelajar dan berfikiran matang. Tindakan berhikmah..

Betul kata Tun Mahathir, AUKU sebenarnya untuk org yg tak tahu menjaga diri, adab dan yg kurang ajar...