Wednesday, January 25, 2012

JABATAN AUDIT NEGARA TIDAK PEKA ISU SEMASA?



Salam semua®…
Penulis dan mungkin sebilangan besar rakyat Malaysia kecewa dengan tindakan LAMBAT Ketua Audit Negara (KAN) memberi penjelasan sebenar tentang isu penyelewangan projek Pusat Fidlot Nasional.
Membiarkan isu ini berlanjutan selama  3 bulan lamanya sehinggakan melibatkan maruah orang lain terjejas teruk mencerminkan KAN tidak peka dengan isu semasa.
Kalaulah KAN sanggup meluangkan masa beliau menjelaskan semua persoalan yang timbul pada  hari ini, maknanya beliau juga berkemampuan memberi penerangan serta bercakap secara bebas  pada bila-bila masa sahaja sebelum ini.
Persoalannya, kenapa beliau sanggup tunggu sebegitu lama dan membiarkan insan yang dituduh dengan pelbagai tuduhan itu menanggung tekanan sedemikian rupa?  
Walaupun KAN tidak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku kerana mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, "in a mess" ataupun penyelewengan dalam laporan audit  tetapi, atas rasa tanggungjawab memperbetulkan keadaan dan menjaga maruah seseorang, KAN perlu cepat tampil kehadapan dan menerangkan perkara yang sebenarnya.
Sekali lagi nasihat penulis, dalam banyak keadaan yang kadang-kadang memerlukan kebijaksanaan dalam membuat sesuatu tindakan cepat atau lambat, kita tidak perlu berterusan lurus bendul kerana ianya kadang-kadang boleh menyakitkan orang lain.
Ikuti penjelasan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang seperti yang disiarkan oleh Utusan Online hari ini.
Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, "in a mess" ataupun penyelewengan dalam laporan audit terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Beliau berkata, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu, terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya lagi, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkan pelaksanaannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan dijalankan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

"Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek," katanya.

Ambrin berkata, pengauditan bagi projek PFN dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali. - BERNAMA



3 comments:

Anonymous said...

Saya tidak bersetuju apabila penulis menyatakan Ketua Audit Negara (KAN) perlu cepat tampil kehadapan dan menerangkan perkara yang sebenarnya.

Penulis perlu memahami bahawa KAN tidak boleh bertindak seperti orang politik. KAN adalah seorang pegawai awam. Beliau hanya menyediakan laporan dan laporan yang disediakan akan dikaji oleh Public Account Committe(PAC).

Jika PAC memerlukan penjelasan, PAC boleh memanggilkan mereka yang terlibat memberikan penjelasan. PAC lah yang sepatutnya bertindak memberikan penjelasan apabila wujud kekeliruan.

Dalam kes ini, Pengerusi PAC tidak memainkan peranannya bagi membantu pihak Kerajaan.

Salam semua (R)... said...

Terima kasih saudara Anon 9.10 di atas komen anda.

Pendedahan samada cepat atau lambat, ianya tidak berkaitan langsung dengan hal politik. Ini soal kebenaran fakta yang dibentangkan di dalam laporan audit. KAN memang arif dan mempunyai akses dalam hal ini.

Dalam menegakkan kebenaran yang melibatkan maruah orang lain yang telah tercalar, sikap "itu kerja hang, ini kerja aku dan aku tak perlu masuk campur" perlu dielakkan.

Kalaulah KAN boleh pula membuat sidang media hari bagi memperbetulkan salah faham. Maknanya, beliau sebagai KAN boleh atas kapasitinya sebagai pegawai awam memperjelaskan perkara ini awal-awal lagi dan tidak perlu tunggu sehingga badan-badan NGO mendesak beliau menyatakan kebenaran disebalik kekeliruan yang timbul.

Adalah jelas di sini, akhirnya KAN sendiri yang membuat penjelasan. Malah, dalam teks sidang media hari ini, beliau langsung tidak menyentuh dan menyalahkan PAC seperti yang saudara maksudkan.

Nok said...

saya terpanggil untuk memberi komen berhubung dgn KAN...saya rasa beliau ada hubung kait dgn pembangkang....kalau dia betul2 ikhlas sepatutnya dia perlu justify apa2 yg kurang dan salah...kerana ini melibatkan maruah org....nampaknya puak pembangkang dah di maklumkan lebih awal oleh pihak2 tertentu...dan sangat yakin berlakunya penyelewangan.....

perkara ini pun telah di bawa kemahkamah demi maruah....kalau lah pihak yg dituduh berjaya membuktikan yg tiada penyelewengan dalam kes tersebut oleh mahkamah....saya rasa boleh lah yg tuduh menyaman KAN kerana telah membocorkan rahsia k'jaan pada pembangkang dan mungkin boleh di sabitkan di bawah "osa"

ini berdasarkan ada lapuran mengatakan ada diantara pegawai kanan kjaan yg membocorkan rahsia kjaan pada pembangkang...