Saturday, January 07, 2012

Agenda Politik - Anuar Ibrahim Teruja Nak Jadi PM, Haji Hadi Pula Kata Tunggu Dulu…Sebab Apa? Baca Seterusnya….


Salam semua®…

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong parti perikatan itu memberikan tumpuan untuk “menumbangkan” Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon perdana menteri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara.

Anwar, Ketua Umum PKR didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

Dalam satu tulisan di laman sosial Facebook, Abdul Hadi (gambar) berkata soal siapa menjadi perdana menteri tidak penting sebaliknya Pakatan Rakyat harus menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Apa yang penting kita mesti menangkan dulu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

“Soal siapa menjadi perdana menteri tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata Ahli Parlimen Marang ini.

Anwar dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengenal pasti seorang pengganti untuk mengetuai pakatan pembangkang itu sekiranya beliau dipenjarakan.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap  Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ini merupakan kali kedua dirinya berdepan tuduhan liwat.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun. Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri.

Satu perhimpunan aman menyokong Anwar akan diadakan di kawasan parkir kereta di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Isnin ini – The Malaysian Insider.

Komen Penulis:
Ada mesej yang jelas di sebalik kata-kata Haji Hadi itu. Seperti juga parti DAP, kewujudan dan peranan utama DS Anuar di sebalik gabungan rapuh Pakatan Rakyat hanyalah semata-mata untuk menumbangkan UMNO.   
Itulah sebabnya PAS dan DAP terpaksa menyokong DS Anuar membuta–tuli walau apapun  tindakan DS Anuar. Soal moral, etika dan dosa semuanya tidak penting lagi pada masa ini kerana semua matlamat akan menghalalkan cara.
Kalau tidak masakan Pengerusi DAP, Karpal Singh suatu ketika dahulu sanggup berkata, “Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (menang pilihanraya dan membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” .Kata Karpal lagi sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu”.  
Maknanya DS Anuar adalah orang terpenting bagi PAS dan DAP untuk memenuhi cita-cita politik mereka. Sudahpun tersurat dengan kenyataan Haji Hadi di atas. Amat terang lagi bersuluh kini bahawa soal DS Anuar sendiri nak jadi PM adalah soal kedua. Mungkinkah ada yang tersirat disebalik yang tersurat. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Hanya jauhari yang mengenal manikam…..





No comments: