Sunday, January 15, 2012

BERBANDING BN, PR SILAP TIDAK TAWAN HATI RAKYAT MALAYSIA. SEBAB ITULAH HAJI HADI KATA "JALAN UNTUK KE PUTRAJAYA SANGAT BERLIKU DAN BUKAN JALAN YANG MUDAH".



Salam semua®…
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui hasrat Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 bukan satu tugas yang mudah.

Beliau berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum itu kerana "jalan untuk ke Putrajaya sangat berliku dan bukan jalan yang mudah".

Abdul Hadi berkata walaupun impian itu dilaungkan berkali-kali, agak sukar bagi gabungan itu untuk mencapainya jika tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

"Kita mempunyai satu tanggungjawab yang besar dalam menuju ke Putrajaya tetapi jalan untuk ke sana sangat berliku dan penuh cabaran," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat Kali ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, semalam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapan penggulungannya pula mengakui Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelebihan dan tidak ada jaminan Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum nanti.
  
Beliau berkata mereka juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi segala cabaran daripada BN.

Sementara itu ketika ucapan Suara Nurani Rakyat Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya menumpukan kepada kes rasuah yang besar sahaja jika mereka berjaya membentuk kerajaan.

"Kita boleh ampunkan ikan kecil kes rasuah...tangkap ikan besar. Saya mahu tahu pendirian pakatan mengenai memerangi rasuah," katanya.
- Bernama
P/S – Pemimpin PAS  baru sedar mereka sebenarnya telah tersilap langkah. Itulah selalu sangat ikut cakap DS Anuar Ibrahim. Mereka sekali lagi tertipu dengan mainan DS Anuar Ibrahim. Janji 16 September DS Anuar Ibrahim dulu mungkin akan berulang lagi nampaknya.
Nasihat penulis, kalau hendak tawan Putrajaya, mereka sepatutnya  terlebih dahulu menawan hati sekurang-kurangnya 2/3 seluruh rakyat Malaysia. Launglah berapa banyak kali mereka hendak laung.
Seperti kata Haji Hadi, agak sukar bagi PR itu untuk mencapainya jika tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. 
Mungkin mereka sudah terlambat…..  

No comments: