Sunday, January 01, 2012

Majlis Peguam – Jangan Berikan Mesej Yang Salah Kepada Publik.


Salam semua ®…
Penulis terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang tindakan berdiam diri oleh Majlis Peguam  berhubung 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang secara terang-terang dilihat mahu mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara kita.
Sikap berdiam diri yang terlalu lama sebenarnya AKAN memberikan mesej yang jelas kepada publik bahawa mereka sebenarnya menyokong  'Kempen Bebaskan Anwar 901’ yang  mengajak orang ramai menyertai demonstrasi pada 9 Januari ini. Risalah-risalah yang disebarkan secara meluas adalah bukti bahawa parti pembangkang sebenarnya amat serius dalam kempen ini.
Sebagai badan yang menjadi pendokong kepada keberkesanan dan kewibawaan institusi kehakiman di Malaysia, sikap mereka yang sebelum ini menyokong tindakan parti pembangkang tidaklah menghairankan kita malah, dalam banyak keadaan orang ramai sudahpun faham dengan pendirian dan sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada parti pembangkang.
Walaubagaimanapun, bila ianya melibatkan soal perjalanan kes mahkamah yang sudah jelas dan diketahui seluruh dunia ini,  'Kempen Bebaskan Anwar 901’ yang  dianjurkan oleh parti pembangkang, akan memberikan  impak yang besar kepada semua orang bahawa pemimpin-pemimpin parti pembangkang di Malaysia lebih mengutamakan HUKUM RIMBA sebagai jalan penyelesaian jika keputusan mahkamah pada 9/1/2012  tidak menyebelahi DS Anuar Ibrahim.
Jadi, bagi menyelamatkan maruah dan kewibawaan institusi kehakiman di Malaysia, adalah menjadi tugas Majlis Peguam  menasihati serta membantah ‘Kempen Bebaskan Anuar 901’ ini.
Samada mereka ( Majlis Peguam) menyokong kerajaan atau tidak, itu adalah soal mereka sendiri, akan tetapi bila ianya melibatkan maruah,  kewibawaan mahkamah dan kepentingan umum, maka ianya menjadi tanggungjawab besar kepada Majlis Peguam sebagai badan bebas untuk  cepat tampil kehadapan dan memperbetulkannya.
Mereka perlu ingat, dalam sistem demokrasi yang sihat, Majlis Peguam sebenarnya perlu bila-bila masa sahaja wujud di dalam suasana yang lebih bebas samada mereka diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional sedia ada, ataupun oleh parti pembangkang sekalipun. Dalam hal ini,  Jabatan Audit Negara adalah yang terbaik dan perlu menjadi contoh kepada organisasi-organisasi yang lain.
Nasihat penulis, dalam kita galak berpolitik, janganlah kita abaikan tanggungjawab kita untuk menghormati dan menyanjung tinggi maksud KELUHURAN PERLEMBAGAAN dalam erti kata yang sebenarnya.
Kalau tidak tugas Majlis Peguam yang paling dekat dengan soal-soal perundangan, siapa lagi?....Jangan berikan  mesej yang salah kepada publik !.....


1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan patut haramkan Majlis Peguam sbb mereka tidak bertindak menghormati dan memelihara undang2 tetapi berpolitik.HARAMKAM MAJLIS PEGUAM!!