Sunday, January 15, 2012

MESEJ YANG JELAS UNTUK PEMIMPIN PAS DARIPADA SESEORANG YANG KONONNYA AKAN DITABAL SEBAGAI PERDANA MENTERI…


Salam semua®…

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.

Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.-Mingguan Malaysia .

P/S – Tunggu komen ikhlas daripada Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi tentang kenyataan DS Anuar di atas. Kalau boleh masukkanlah juga tentang pengajaran  dan hukuman  daripada Allah ke atas umat Nabi Lut yang melanggari perintah Allah kerana mengamalkan budaya homoseks sebagai budaya mereka.

Sebagai seorang muslim yang telah dipilih sebagai pemimpin parti Islam, perkara ini wajib diperjelaskan kepada orang ramai bahawa apa yang dibawa dan menjadi pegangan  DS Anuar Ibrahim selama ini sebenarnya telah menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya.




4 comments:

Anonymous said...

maka akan ramai lagi Melayu balik ke Msia untuk melangsungkan perkahwinan sejenis..yang akan ditepung tawar oleh PM Gay Msia....

Anonymous said...

semoag haji hadi dan nik ajis ..masuk syurga kerana penyokong peliwat dan penzina

Aurafaz said...

dgn ini buku jingga mengikstiharkan konsep Negara Kebajikan Homoseksual

Anak Lenggong said...

Mamat bersemutal tinggi ni lalang..sama saperti sebelumnya pabila sesauatu isu tu timbul dia akan bagi ulasan tetapi setelah disergah oleh puak nuar dan pak lobai lain mula laa dia gostan kebelakang. Dah memang perangai melayu PAS camtu nak buat camna lagi..PAS sanggup melakukan apa sahaja..tengok laa masa pertandingan bina badan diadakan di Melaka..mereka mengutuk habis-habisan tetapi pabila perkara yang sama dilakukan di Kelantan...mereka terus senyap..