Thursday, January 19, 2012

PERANAN PAS TIDAK DIHARGAI RAKAN-RAKAN DALAM PR?



Salam semua®…

Pas negeri menyifatkan perubahan portfolio hal ehwal agama Islam yang kini dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bermakna parti itu dipinggirkan dalam pengurusan agama Islam di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Dr. Abdul Rani Osman berkata, pihaknya tiada sebarang masalah dengan perubahan portfolio itu yang sebelum ini dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali sebelum gugurkan daripada jawatan berkenaan 13 Januari lalu.

Menurutnya, meskipun ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco menggantikan Hasan diberikan portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri, ia tidak menghalang Pas daripada terus memainkan peranan dalam pembangunan agama Islam di Selangor.

"Tidak ada masalah, malah semalam Menteri Besar telah menyebut kepada saya supaya Pas dapat menegur dalam apa-apa hal berkaitan dengan agama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas istiadat mengangkat sumpah pelantikan Dr. Ahmad Yunus sebagai Exco kerajaan negeri di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini.

Ahmad Yunus mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menggantikan Hasan yang telah dipecat daripada Pas dan Exco kerajaan negeri sebelum ini.-Utusan

P/S – Berbanding dengan kerajaan BN, peranan ulama dan ilmuan agama amatlah dihormati akan kedudukan dan tanggungjawab mereka. Malah, makin ramai ilmuan agama yang telah sedar dan kembali menyokong kerajaan BN.

Daripada apa  yang telah  berlaku di Selangor ketika ini, jelas menunjukkan bahawa kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat   seolah-olah menyusahkan mereka (PKR dan DAP). Sehinggakan peranan utama PAS sebagai pemimpin bagi menjaga  portfolio hal ehwal agama Islam  telah diragui keberkesanannya oleh kerajaan PKR Selangor yang di ketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Di manakah silapnya PAS di sini?  Kerana Dr Hasankah? ataupun PAS sendiri. 

Kalaulah kerana Dr Hasan, kenapakah PAS yang menerima akibatnya?

Mustahil PAS boleh kata tak kisah?
  

No comments: