Saturday, March 31, 2012

Ramuan Untuk UMNO Menang Di Dalam PRU. Mereka Tidak Perlu Terlalu Dominan Dalam BN….



Salam semua®…

Penulis amat bersetuju dengan pendapat Dr Mohd Khir Toyo (Khir) bahawa adalah perlu bagi BN memperkukuh MCA, MIC dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (DS Najib).

Khir seterusnya berkata, “komuniti bukan Melayu telah hilang “hormat” kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.”

“Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan Perdana Menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina dan India akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

“Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan,” tegasnya. Sumber The Malaysian Insider.

Keseluruhannya sila rujuk di sini.
Komen Penulis:      

Dalam pada kerajaan giat melaksanakan GTP bagi menarik balik sokongan orang ramai kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah, penulis berpendapat sudah sampai masanya kerajaan di bawah komponen BN terpaksa melakukan sesuatu yang agak  LUAR BIASA supaya semua sokongan daripada tiga kaum majoriti iaitu di kalangan kaum Melayu, Cina dan India dapat diperkasakan semula.

Kalau di negeri Pulau Pinang yang dikuasai parti pembangkang  mempunyai dua Timbalan Ketua Menteri di kalangan kaum Melayu dan India selain kaum Cina sebagai Ketua Menteri, kenapa perkara yang sama tidak boleh dipraktikkan ke atas jawatan Timbalan Perdana Menteri?

UMNO sebagai parti teras dan peneraju kepada kepimpinan BN tidak dapat tidak, perlu berhadapan dengan situasi ini jika ingin mengembalikan sokongan kaum Cina dan India kepada kerajaan.

Penulis rasa, tentu ramai orang Melayu tidak setuju dengan pendapat ini. Tetapi, percayalah seperti kata DS Najib satu ketika dahulu bahawa  “sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan akan terus membantu rakyat. Sebagai sebuah negara, sebagai satu bahasa, 1Malaysia, ia memberikan kekuatan untuk mengatasi cabaran akan datang,”

Katanya lagi, “Saya percaya kita boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia,”

Kerajaan BN yang hampir hilang kuasa di dalam PRU 12 dulu, mahu tidak mahu, mereka terpaksa melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan gelombang 1 Malaysia dalam ertikata yang sebenarnya.

Nasihat penulis, jangan biarkan parti pembangkang mendahului dengan melakukan perkara yang sama jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13 nanti. UMNO perlu cepat bertindak dan berkorban demi survival politik mereka.

Selepas 54 tahun Merdeka, masa dan suasana sudah banyak berubah. Keselesaan dengan mengundi BN sebagai parti yang menjanjikan kemakmuran yang berterusan sudah tidak wujud lagi di kalangan kaum Cina dan India.

Banyak perkampongan Cina dan India telah dimajukan oleh kerajaan BN dari bandar-bandar kecil menjadi bandar-bandar besar. Akan tetapi, sokongan politik mereka sejak kebelakangan ini terarah kepada parti pembangkang.

Kenapa jadi begini?

Betul seperti kata Khir di atas, “Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka.

Sekiranya kita hanya mengharapkan Perdana Menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina dan India akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.”

Berfikirlah dan bermuafakatlah dengan lebih rasional. Tentu ada jalan penyelesaiannya.

lannkb.
 



Friday, March 30, 2012

Dong Zong Kurang Ajar?....Tidak Sesuai Di Malaysia !.



Salam semua®…

Penulis terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang tuntutan melampau yang dibuat semasa perhimpunan Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia ini atau Dong Zong di Kajang baru-baru ini.

Penulis tidak mahu komen semua cadangan mereka cuma, ingin menyentuh tentang salah satu cadangan tidak masuk akal mereka yang penulis rasa terlalu bersifat perkauman yang secara simboliknya menyeru supaya semua masyarakat Cina menyokong parti politik yang sealiran dengan pemikiran Dong Zong.

Tambahan pula, cadangan ini dibuat betul-betul sesuai dengan suasana hangat parti-parti politik berkempen untuk PRU 13 yang semakin hampir.

Daripada empat tuntutan mereka, salah satu tuntutan Dong Zong yang tidak ada langsung semangat 1 Malaysia adalah apabila mereka mahu pihak Kementerian Pelajaran memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sesi persekolahan awal tahun ini yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuklah guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Apa ini semua ?

1)   Adakah mereka mahu semua guru yang mengajar bahasa Melayu dan Inggeris di SJKC sekarang ini semuanya daripada kaum Cina?

2)   Adakah mereka mahu semua guru Melayu, India atau lain-lain bangsa yang mengajar bahasa Melayu dan Inggeris di SJKC mesti terlebih dahulu menguasai bahasa Cina? Maknanya guru-guru ini mestilah bekas penuntut di SJKC atau diimpot terus dari negara China?

3)   Adakah mereka mahu amalan yang sama dilakukan oleh negara lain ke atas penuntut-penuntut kita misalnya di negara China, Jepun atau di Korea?

Penulis hendak Tanya Dong Zong, mereka sebenarnya berada negara mana sekarang?  Di negara China ataupun di Malaysia?

Semua persoalan di atas sebenarnya bermotifkan satu bahasa, satu bangsa dan satu aliran pendidikan yang nyata tidak sesuai di Malaysia sebaliknya amat sesuai pula jika Dong Zong berjuang dan berada di negara China dan bukannya di Malaysia.

Atas nama keadilan seperti yang mereka tuntut, sistem pendidikan di Malaysia akan menjadi kucar kacir jika tuntutan yang sama juga diminta oleh kaum India, Kadazan dan banyak lagi kaum yang ada di Malaysia.

Kenapa mereka tidak fikir ini semua?

lannkb

ISU NFC: LAWAK....SIAPA YANG NAK JAGA DAN BAGI MAKAN LEMBU ?


Salam semua®…
Mengikut laporan Sinar Harian semalam, parti pembangkang mengatakan kerajaan tidak wajar membuka bidaan baru berkenaan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) selagi hasil siasatan berkenaan projek lembu daging itu tidak diketahui dan diumumkan, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya membantah tindakan kerajaan mempelawa bidaan menguruskan projek kontroversi tersebut.

"PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi NFC," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Noh mengumumkan bahawa kerajaan  membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek NFC.

Beliau berkata, kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.- Sinar Harian.
Komen Penulis:
Penulis berpendapat  adalah wajar projek ini diteruskan kerana kita mesti faham projek ini bukanlah projek membina bangunan besar atau lebuh raya yang boleh ditangguh-tangguh perlaksanaannya.
Pemimpin sebijak Rafizi, tidak perlu lurus bendul. Beliau perlu faham projek NFC ini adalah projek pertanian berskala besar. Ringkas cakap, namapun projek ternakan lembu. Jadi, kalau kerajaan tidak membuka tender baru bagi menjaga kepentingan projek yang sedia ada maka, siapakah yang akan menjaganya?...
Rafizi woi…hendak jaga lembu ini, mestilah kena jaga sepertimana kita jaga anak kita jugalah. Kena bagi makan, jaga kesihatannya dan lain-lain lagi pengurusan yang berkaitan. Salah satu kelemahan projek pertanian ini, ianya tidak boleh dibiarkan tanpa penjagaan dan pengurusan yang betul.

Sudahlah akaun syarikat NFC ini dibekukan, kalau tidak beroperasi langsung syarikat NFC ini maka, akan bertambah rugilah syarikat terdahulu dan kerajaan.
Takkanlah  Rafizi tidak faham semua ini kot? Atau sememangnya niat utama mereka hendak menjahanamkan semuanya ?.
Sebab itulah penulis setuju sangat kerajaan melalui Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor baru mengambil alih (menyelamat) operasi NFC dan lembu-lembunya.
Penulis tidak mahu komen tentang isu penyelewengan syarikat terdahulu kerana ianya masih lagi di dalam kes mahkamah dan biarlah proses perundangan menentukannya samada pengurusan terdahulu bersalah ataupun tidak.
Rafizi…Rafizi…rupa-rupanya kamu ni lurus bendul juga….
lannkb


Wednesday, March 28, 2012

Isu Sumber Kewangan: Azmin Ali Hanya Mampu Terdiam. Takut Hendak Jawab ?...


Salam semua®…

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang sebelum ini lantang mengkritik serta mempersoalkan setiap tindakan kerajaan serta pemimpin Barisan Naional (BN) hanya mampu terdiam terhadap cabaran yang dilontarkan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung sumber kewangannya ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994.

Beliau yang enggan mengulas cabaran tersebut sebaliknya terus mempersoalkan kos pengubahsuaian pejabat Hasan.

"Apa yang saya persoalkan adalah berdasarkan laporan audit, fakta dan juga angka. Beliau harus menjelaskannya tetapi tidak sangka pula akan memberi reaksi sedemikian," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Azmin mengulas cabaran Hasan yang mahu penjelasan mengenai butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain. – Utusan

Komen Penulis:

Berani kerana benar, takut kerana salah. Jabatan Hasil Dalam Negeri tentunya mempunyai banyak maklumat tentang si polan ini. Mengikut laporan akhbar, gaji RM2,000 tetapi ada saham berjuta-juta ringgit. Pelik…pelik…

Kalau kes NFC, mereka sanggup lanyak Ketua Wanita UMNO tanpa henti-henti. Tetapi, bila timbul isu yang betul-betul kena batang hidung mereka, terus sunyi sepi, terkedu seribu bahasa.

Inikah yang dikatakan keadilan?...

P/S – Takkanlah pemimpin-pemimpin UMNO sama-sama nak terkedu kot?



Tuesday, March 27, 2012

BOLEH KE TIDAK SEORANG SPEAKER DUN BERSIKAP BERAT SEBELAH? …DATUK TENG ADA JAWAPANNYA.


Salam semua®…
ADUN BN hari ini bertindak keluar dewan gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Kim yang tersalah menghantar pesanan BlackBerry kepada bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali.

Wakil rakyat BN, yang mendapat maklumat itu, tidak berpuas hati dengan pesanan Teng yang menggesa barisan exco mempromosikan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat dalam sesi penggulungan dan menganggapnya berat sebelah.

Isu itu disentuh oleh Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) yang menuntut penjelasan daripada speaker.

Mereka menuntut speaker memohan maaf kepada DUN kerana mendakwa tindakan itu sama sekali tidak adil.

Teng bagaimanapun enggan melakukannya sebaliknya meminta Mohd Isa memfailkan usul terhadapnya jika tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Sebagai tanda bantahan, tujuh daripada sepuluh ADUN BN bertindak keluar dewan.

BN: Speaker salah guna kuasa

Sementara itu, Bernama melaporkan, Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) sebagai berkata, Teng menyalahgunakan kuasanya apabila menghantar pesanan itu.

"Speaker tidak boleh hantar SMS sebegini kepada ahli exco sebab hanya MB (menteri besar) sahaja boleh hantar SMS untuk meminta semua ahli Exco membahas tentang kejayaan pakatan PKR-DAP-PAS memerintah Selangor.

"Ini jelas menunjukkan speaker mengambil pendirian berat sebelah apabila hantar SMS yang memberi rangsangan kepada anggota exco supaya menjawab baik mengenai pemerintahan pakatan pembangkang," beliau dipetik berkata kepada pemberita selepas keluar dari dewan itu.

Turut keluar Mohd Shamsudin, Mohd Isa, Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baharu), Datuk Abdul Rahman Palil (BN-Sementa) dan Badrul Hisham Abdullah (BN-Pelabuhan Klang).

Mohd Shamsudin pula berkata Teng sepatutnya meminta maaf kepada semua anggota dewan kerana SMS yang dihantarnya itu bertentangan dengan amalan seorang speaker kerana ia cuba mempengaruhi pemikiran orang lain untuk membahas sesuatu isu.

SMS dalam bahasa Inggeris itu antara lain berbunyi: "Ini mungkin penggulungan terakhir bagi exco, peluang harus digunakan sepenuhnya bagi menjelaskan tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas."

Teng pula berkata beliau tidak mengambil sikap berat sebelah "dalam usaha mendekati dan menegur semua anggota dewan", lapor agensi berita nasional itu lagi.

Beliau berkata SMS yang dihantarnya itu hanya untuk memberi peringatan kepada semua anggota exco untuk menggunakan peluang sebaik-baiknya membahaskan tentang sesuatu isu.- Malaysiakini
Komen Penulis:
Memalukan…..itu saja yang boleh penulis katakan. Realitinya, kejadian memalukan itu  telahpun berlaku di DUN Selangor…..Alasan beliau tersilap SMS langsung tidak boleh diterima.
lannkb

DATUK DR. HASAN ALI CABAR AZMIN ALI BUKTIKAN SUMBER KEWANGAN BELIAU….BIAR BETUL ?



Salam semua®…

Utusan Malaysia hari melaporkan tentang keberanian bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali membuat penjelasan terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isteri, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.

Sedangkan, kata Hasan, Azmin ketika itu yang bekerja sebagai setiausaha sulit hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, Azmin juga dicabar menafikan jika dakwaan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S. A. Vickneswaran bahawa Timbalan Presiden PKR itu serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.

Rujuk di sini.

Komen Penulis:

Penulis berpendapat, kebiasaannya orang yang mempunyai wang sebanyak itu selalunya merupakan tokoh perniagaan yang berjaya selain mempunyai rangkaian perniagaan yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Kalau tidakpun, beliau mewarisi harta pusaka daripada latar belakang keluarga yang kaya raya.

Semua ini bukanlah menjadi rahsia lagi jika ada dikalangan ahli keluarganya yang berani tampil kehadapan menceritakan perkara yang sebenar.

Soal menjadi kaya dengan sekelip mata perlu mendapat penjelasan secara jelas kerana ianya melibatkan soal integriti dan kewibawaan seseorang itu. Tambahan pula, yang dituduh merupakan seorang pemimpin kanan PKR yang berpengaruh.

PKR tidak boleh bersikap berat sebelah dalam soal-soal integriti yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Kalaulah mereka begitu tekun  mencari kesilapan dan berani mendakwa pemimpin kerajaan mengamalkan rasuah maka, keadaan yang sama jugalah mereka perlu bertindak ke atas pemimpin mereka sendiri yang  memiliki kekayaan yang tidak munasabah.

Ayuh,  jangan jadi ‘cakap tak serupa bikin’!......buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa makna daripada  PKR itu sendiri membawa ciri-ciri keadilan………  

lannkb

DS Anwar kata, “Saya mesti beri dia (DS Najib) amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi……(Baca seterusnya…)


Salam semua®…

Aik..siapa yang serang peribadi siapa ni? Baru semalam penulis paparkan artikel tentang betapa buruknya perangai DS Anwar bila beliau sanggup mengejek peribadi DS Najib di depan orang ramai dengan membuat tohmahan bahawa  DS Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah. Baca di sini.

Mungkin beliau rasa malu agaknya, tup-tup hari ini, hujan tidak, ributpun tidak, DS Anwar  membuat ‘spin’ dengan menuduh DS Najib pula menyerang peribadinya. Beliau berkata,

“Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa.” Beliau berkata lagi,

“Siapa pemimpin Umno? Najib? Apa jadi kepada Altantuya? Apa jadi di Port Dickson?” kata DS Anwar.

DS Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada DS Najib menggunakan media untuk membuat serangan peribadi.

Sumber – The Malaysian Insider  (Baca di sini.)

Apa yang nyata gelabah DS Anwar semakin kuat sekarang ini. Tambah-tambah lagi PRU13 sudah semakin hampir. Cakap-cakapnya sudah tidak lagi konsisten. Air mukanya pula, tidaklah setenang dulu.

Yang lawaknya, hanya beliau  sahaja yang boleh serang peribadi DS Najib. Orang lain (DS Najib) tidak boleh?. 

Penulis  bukanlah bertujuan untuk menyalahkan beliau, cuma melaporkan apa yang beliau cakap. Itu saja.

Kadang-kadang tingkah-laku beliau ini, amat-amatlah melucukan…..

Monday, March 26, 2012

“Dia (DS Anwar) rasa akan kalah di tempat sendiri," Kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Salam semua®…
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui terkejut dengan tindakan penyokong pembangkang yang menghalang beliau daripada menghadiri program Gelombang Biru anjuran Barisan Nasional (BN) di Politeknik Seberang Perai (PSP), kelmarin.
Menurut beliau, tindakan itu mungkin diambil oleh penyokong pembangkang yang berasa terancam kerana BN mengadakan program di kubu kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
"Saya pun hampir-hampir tidak hadir selepas dinasihati tetapi Alhamdulillah semuanya selamat. Saya rasa dia (Anwar) mula berasa kedudukannya semakin terancam. Dia rasa akan kalah di tempat sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Gelombang Biru Pilihan Raya Umum Ke-13 peringkat Parlimen Permatang Pauh, di sini kelmarin.- Utusan
Komen Penulis:
Apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mungkin ada kebenarannya.
Gambar di bawah ini mungkin salah satu contoh di mana sokongan orang-orang Melayu Pulau Pinang ke atas DS Anwar merosot teruk.
Berbanding dengan ceramah politik beliau semasa di PRU 12 dulu, sokongan dan kehadiran orang-orang Melayu di setiap ceramahnya di kubu kuatnya sendiri, sudah tidak mendapat sambutan lagi.
Anda lihatlah sendiri (gambar rujukan daripada Malaysiakini).


Gambar terbaru DS Anwar semasa  berceramah di Machang Bubok, Pulau Pinang. Tengok, siapa yang datang? Mana perginya pemuda-pemuda Melayu Pulau Pinang?

DS Anwar Buat Lawak Serang Peribadi DS Najib. Adakah Beliau Terdesak Di Saat Akhir?...



Salam semua®…
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang.

Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah.

Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung.

Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Anwar juga berkata, isteri tidak patut ditakuti tetapi dicintai sebagai pasangan hidup. – Malaysiakini.

Komen Penulis:
Mengambil pendekatan mengejek peribadi DS Najib di depan orang ramai, bukanlah etika dan peradaban yang baik bagi seseorang pemimpin.
Belumpun sempat disuruh berdebat secara langsung dengan DS Najib, DS Anwar telah menunjukkan sikap tidak professional beliau dengan mengejek DS Najib dengan tujuan untuk memalukan dan menjatuhkan maruah PM di depan orang ramai.
Mungkin perkara inilah yang ditakutkan oleh DS Najib bila berdebat dengan DS Anwar kerana dalam keadaan DS Anwar yang terdesak sekarang  ini, apa-apapun boleh terjadi.
Kalaulah beliau boleh memalukan DS Najib di depan orang ramai seperti mana yang beliau lakukan di atas, maka tidak mustahil beliau tergamak melakukan perkara yang sama semasa perdebatan jika dibenarkan.
Itulah perangai DS Anwar yang sebenarnya. Rakyat perlu menilai semua ini.
Jangan tersilap memilih pemimpin!....
lannkb

Sunday, March 25, 2012

Lim Guan Eng – Malulah, Lu Cakap Tak Serupa Bikin ?...


Salam semua®…

Parti Cinta Malaysia (PCM) mempersoalkan bagaimana projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan diluluskan oleh kerajaan negeri sedangkan belum mendapat lesen operasi atau kebenaran daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, lesen operasi AELB atau kelulusan merupakan prasyarat wajib bagi mana-mana kilang atau kilang yang menghasilkan bahan-bahan radioaktif sebagai produk atau sisa.

Katanya, sebuah portal berita semalam memetik Ketua Pengarah AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan berhubung pembinaan kilang berkenaan.

"Apa yang PCM persoalkan, bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang boleh meluluskan pembinaannya sedangkan lesen atau kebenaran daripada AELB belum pun dipohon?,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Portal berita berkenaan turut melaporkan Raja Abdul Aziz berkata, projek itu akan dinilai dan diluluskan oleh pihaknya walaupun Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi kelulusan.

Katanya, jika kilang itu tidak mendapat kelulusan dari AELB, mereka tidak boleh beroperasi kerana kilang panel solar akan menghasilkan bahan radioaktif dan pihaknya perlu menilai tahap radioaktif yang dihasilkan.— BERNAMA


P/S- Jangan setakat dia nampak nyamuk je di seberang laut. Bangkai Gajah Mati depan mata, dia buat - buat tak nampak pulak!!!? Dasar hipokrit. 
lannkb

Friday, March 23, 2012

Projek Lynas: Tidak Mahu Berdialog. Pakatan Rakyat Cuba Sembunyi Fakta Sebenar?



Salam semua®…
Penulis angkat topi kepada DS Najib di atas usaha bersungguh-sungguh  beliau untuk  berdialog dengan semua pihak terlibat sama ada di kalangan penduduk mahupun pihak-pihak yang menentang projek Lynas  ini.
Betul seperti kata DS Najib. Tidak kiralah samada di pihak kerajaan ataupun parti pembangkang, semua rakyat juga perlu mengetahui  fakta secara tepat tentang bukti saintifik dan teknikal samada boleh ataupun tidak projek Lynas ini diteruskan.
Jadi, penulis berpendapat penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bagi membolehkan sesi dialog dijalankan dengan pihak berkepentingan terutamanya pihak pembangkang adalah satu langkah bijak daripada kerajaan bagi mendapatkan fakta sebenar tentang isu ini.
Penulis rasa pendekatan berbincang ke arah penyelesaian satu-satu masalah adalah lebih baik dari pendekatan pembangkang yang suka sangat membuat  kacau dengan berdemonstrasi dan menggunakan media bagi menghasut rakyat supaya menyalahkan dan membenci kerajaan.
Tindakan parti pembangkang menolak PSC mengenai projek Lynas ini secara terang-terang adalah tidak bertamadun dan terkeluar daripada peradaban serta aliran pemikiran semasa yang mementingkan fakta benar sebagai jalan penyelesaiannya.
Bagi menghadapi banyak permasalahan di zaman serba maju dan pantas ini, kita tidak boleh sama sekali mencorakkan pemikiran rakyat kita terkebelakang dan bertindak seolah-olah pendekatan berbincang itu boleh membawa kemudaratan.
Apa yang berlaku sekarang ini, penulis melihat parti pembangkang di bawah DS Anuar mengajak rakyat supaya perlu memberontak, berdemonstrasi dan berterusan menyalahkan kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat fakta yang sebenar melalui perbincangan dan dialog dengan pakar-pakar dalam bidang ini.
Mereka sebenarnya tidak ikhlas dalam membantu rakyat. Rakyat sebenarnya faham dan melihat tindakan negatif mereka itu adalah semata-mata untuk mencari keuntungan politik bagi meraih undi pada PRU13 nanti.
Kalau tidak percaya, kita lihatlah nanti apa yang akan berlaku selepas PRU13, penulis percaya parti pembangkang akan terus melupakan  isu projek Lynas ini.
Rakyat yang bijak perlu melihat semua ini tanpa rasa ragu-ragu. Sikap parti pembangkang dari dahulu lagi sememangnya begitu. Apa saja projek untuk kebaikan rakyat dan negara semuanya salah pada kacamata mereka.
Berbanding dengan parti pembangkang, ternyata pendekatan yang diambil oleh DS Najib dan kerajaan adalah jujur. Malah, DS Najib sendiri telah berjanji bahawa kerajaan tidak akan membenarkan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang beroperasi sekiranya bukti saintifik menunjukkan ia boleh membahayakan kesihatan manusia serta alam sekitar.
DS Najib seterusnya berkata, ini kerana dalam apa jua keadaan, isu berkaitan keselamatan serta kesihatan rakyat tidak boleh dikompromi dan sentiasa berada pada kedudukan paling utama.

lannkb