Thursday, April 14, 2011

ISU ALTANTUYA: NAJIB LEGA KEBENARAN AKHIRNYA TERBUKTI. ANUAR PULA RESAH KERANA PEMBOHONGANNYA AKHIR TERKANTOI..BACA SETERUSNYA


Salam semua…
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berterima kasih kerana kebenaran bahawa beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak terlibat dalam kes wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu akhirnya muncul.
Perdana Menteri (gambar) berkata beliau tahu yang kebenaran mengenai dakwaan dibuat editor blog Raja Petra Raja Kamaruddin menerusi akuan bersumpah (SD) pada Jun 2008 akhirnya akan terdedah satu hari.
“Saya selalu menganggap perkara ini sudah tutup,” kata beliau sambil menambah, ia hanya satu isu “dalam mahkamah pandangan umum”.
Presiden Umno itu bercakap kepada pemberita di Lawas, Sarawak selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia hari ini.-The Malaysian Insider
P/S – Ternyata selama ini tuduhan bahawa DS Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu hanya mainan politik seorang insan bernama Anuar. Kerana Anuar, ramai orang yang telah menanggung dosa kerana terikut-ikut kerana menyebarkan fitnah dan membuat tohmahan yang tidak benar ini.
Malah, beliau baru-baru ini ketika sidang media yang diadakan di Sarawak  juga tanpa rasa bersalah dan berdosa masih lagi mahu membuat tuduhan yang  sama ke atas DS Najib.
Tuduhan membunuh bukanlah perkara kecil atau boleh dimain-main. Tapi, kerana gila kuasa politik, beliau sanggup melakukannya. Inilah orangnya yang dipuja oleh DAP dan PAS.
Waraskah mereka?


1 comment:

Anonymous said...

segala2nya telah terbukti , parti pembangkang yg tak habis2 menfitnah PM & isteri jawab le nanti di depan tuhan tambah2 lagi org pas yg 24 jam menghentam &mengfitnah PM....tapi dasar pembangkang yg hipokrit...ada yg dah kata ,PRK telah di bayar oleh BN untuk PRU serawak....dah boleh agak punya...sila layar malaysiakuno= parti pembangkang.....