Thursday, April 21, 2011

PARTI PAS LAH YANG KERAP MENJAJA ISU ALTANTUYA DALAM CERAMAH-CERAMAH MEREKA..BILA DAH TAHU KEBENARAN, ANGGAP ISU INI ISU MURAHAN DI TEPI JALAN YANG TIDAK PERLU DILAYAN…


Salam semua…
Amat menghairankan kita bila pendedahan blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini disifatkan oleh PAS sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan. Amat malang sekali soal kebenaran telah dipandang sinis oleh PAS bila mana Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,  sebarang isu yang timbul berkait dengan Raja Petra, apatah lagi jika jelas berputar belit seperti berkaitan akuan bersumpahnya berhubung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai sebarang makna jika dilayan oleh PAS.
Kenapa PAS bersikap sebegini rupa?  Padahal merekalah yang kerap menjaja isu Altantuya ini ke hulu dan ke hilir di  dalam ceramah-ceramah mereka. Bila dah tahu kebenaran, sanggup mereka kata isu ini isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.
Ikuti kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily:
Isu akuan bersumpah blogger Raja Petra Kamarudin penuh putar belit yang ditimbulkan kembali oleh para pemimpin Umno BN, disifatkan oleh PAS sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.
Untuk memahami isu itu, kesemua pihak perlu menyedari kedudukan Raja Petra itu sendiri yang hanya sebagai rakyat biasa, bukan pemimpin negara dan bukan juga pemimpin parti politik penting di tanah air.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu sebarang isu yang timbul berkait dengan Raja Petra, apatah lagi jika jelas berputar belit seperti berkaitan akuan bersumpahnya berhubung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai sebarang makna jika dilayan oleh PAS.
Menurut beliau, sebaliknya jika dilayan, ia hanya membuang masa dan tidak memberikan sebarang erti bagi mewarnai politik negara yang kini semakin menarik setelah diberikan nafas segar oleh Pakatan Rakyat.
Katanya, jika dikaitkan dengan situasi sedang memandu kereta di tengah jalan, melayani isu-isu murahan di tepi jalan seperti itu hanya akan mengganggu pemanduan seseorang sehingga akan menyebabkab 'lari stereng', sekali gus akan merbahayakan individu itu sendiri.
"Apatah lagi jika berkait pula dengan pentadbiran organisasi penting seperti PAS yang jika dilayan akan menyebabkan kita hanya membuang masa atau melakukan pekerjaan sia-sia sahaja," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS agar bijak menilai isu yang ditimbulkan oleh pihak lawan untuk diulas bagi membolehkan ia memberikan kesan baik bagi perjuangan parti. 
Kebijaksaan itu lebih diperlukan lagi apabila ia ditimbulkan sempena pilihanraya kerana jika tidak, isu-isu penting yang patut ditimbulkan terutama berkaitan dasar pasti akan tenggelam hanya dalam masa lima minit sahaja ditimbus isu remeh temeh seperti itu.
P/S – Apa saja isu yang boleh memberikan keuntungan politik kepada PAS, semuanya OK. Bila dah terkena balik ke atas batang hidung mereka, PAS kata itu semua sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.
Apa punya standard parti politik lagu ni…memang hampehhhhh.



1 comment:

za_ahmad said...

TEBAL sikap assobiah PAS ni sudah semakin kronik hingga tidak lagi mampu dikikis oleh mereka sendiri.

Kita sering diperingatkan agar tidak terlalu angkuh mengatakan kita yang betul kerana kita hanya hamba yang lemah.

http://perkasapetaling.blogspot.com