Wednesday, April 27, 2011

Datuk Shazryl Eskay Abdullah : Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran pada sidang media petang esok. Baca seterusnya…



Salam semua®…
Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberi sampel DNA kepada polis hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dengan video seks, didedahkan beliau sebulan lalu, mendakwa si pelaku dalam rakaman adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shazryl berkata polis telah memanggil beliau pagi ini agar datang ke ibu pejabat polis di Bukit Aman pukul 10 pagi.
“Saya secara sukarela telah memberikan sampel DNA hari ini,” kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman sekitar 1.30 tengah hari tadi.
Ahli perniagaan itu juga mendedahkan bahawa beliau turut menjawab soalan-soalan tambahan untuk membantu “mengemaskan” kes yang disiasat tetapi enggan memberikan butiran lanjut.
Shazryl menjelaskan beliau akan mendedahkan lebih banyak butiran pada sidang media petang esok.
“Saya akan memberikan lebih banyak maklumat esok,” kata beliau.
Pada 20 April lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks itu kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.
Ismail berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pertengahan bulan lalu dan telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.
“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.
“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.
Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.
Tiga hari kemudian, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah itu kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan.
“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari,” katanya di sini.
“Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan, kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata beliau-The Malaysian Insider




2 comments:

Anonymous said...

Anwar sakit belakang tu sebab tukang urut professional dia, dah berhenti kerja. Kalau Datuk Eskay masih buat physio lagi, aku rasa papa ni masih lagi hebat bro.

Anonymous said...

ak nak tgokpart yg tgh maen....bleyy