Salam semua…
Pas Kelantan diminta menamakan dahulu pengganti Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum menyibuk hal 'rumah tangga' Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, parti itu perlu berbuat demikian sebelum mendesak BN menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Katanya, desakan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang mahukan BN menamakan pengganti Abdul Taib umpama 'pukul anak sindir menantu' kerana bekas Naib Presiden Pas itu menyedari Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir negeri ini.
"Sebelum dia (Husam) nak tengok dapur orang, tengok dapur dia dahulu. Nik Abdul Aziz yang jauh lebih tua dan terpaksa berpindah pejabat dari tingkat tiga ke tingkat bawah kerana tidak upaya, terpaksa menggunakan tongkat dan selalu sakit, tetapi sehingga hari ini tidak menamakan penggantinya.
"Saya yakin dia kata begitu bukan ditujukan kepada BN tetapi dia perli Nik Abdul Aziz. Dia hendak kata kepada Nik Abdul Aziz tidak tergamak. Apabila Husam bercakap begitu, Nik Abdul Aziz akan mencermin muka sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Md. Alwi yang juga Setiausaha BN Kelantan berkata, sejarah membuktikan setiap peralihan kuasa dalam parti berlaku dengan tersusun dan baik sejak era Perdana Menteri pertama sehingga sekarang.
"Tengok Pas buat peralihan kuasa, Datuk Asri Muda kena 'sepak' sedangkan dia pengasas Pas hanya disebabkan golongan muda termasuk Husam pada masa itu tidak suka kepadanya. Peralihan kuasa dalam Pas dahsyat," katanya.
Tambahnya, BN membuktikan ia sentiasa relevan malah pemimpinnya silih berganti berbanding pemimpin pembangkang yang tidak pernah bertukar ganti sejak dahulu seperti Nik Abdul Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.-Utusan
P/S – Penulis pula kata “ Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Depa Yang Lebih” . 2 X 5 (BN)= 5 X 2 (PR).
2 comments:
Salah.... bukannya 2 x 5, tetapi 2 + 2 = 4 dan 2 x 2 = 4. Baru betul kan.???
sudah menjadi dasar pakatan kuman seberang mereka nampak tapi nik aziz,karpal serta lim mereka tak nampak semua ni pun dah lama pegang jawatan gila kuasa jugak,sebelum nak cakap apa kpd BN,nilai sendiri dalam parti masing,sekiranya mereka berubah kepimpinan baru la mereka boleh cakap
Post a Comment