Wednesday, April 27, 2011

Terkini: Pasukan penyiasat dari ibu pejabat polis Bukit Aman telah memohon untuk merakam kenyataan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan itu akan dibuat esok di ibu pejabat PKR.



Salam semua®…
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan keterangan tambahan
kepada pihak polis berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan diri beliau esok.
Keterangan tambahan itu akan dibuat di ibu pejabat PKR pada pukul 2.30 petang dan kenyataan akan dirakam DSP Shanmugamoorthy.
“Pasukan penyiasat dari ibu pejabat polis Bukit Aman telah memohon untuk merakam kenyatan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis beliau pada 22 Mac lalu.
“Kenyataan itu akan dibuat esok di ibu pejabat PKR,” kata kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi PKR hari ini.
Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah membuat laporan polis pada 22 Mac lalu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi sehari selepas rakaman video seks itu didedahkan “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara.
Rakaman video seks itu yang didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China dipertonton kepada media pada 21 Mac.
Anwar juga telah menafikan dengan keras bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman video tersebut.
“Datuk T” yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak menayangkan rakaman video seks kepada media.-The Malaysian Insider



No comments: