Wednesday, February 02, 2011

ISU BANTUAN MENYELAMAT RAKYAT MALAYSIA DI MESIR - PAS HANYA PANDAI BERMAIN DENGAN AIR LIUR?



Salam semua…

Penulis sakit hati bila kebanyakan pemimpin PAS hanya pandai bercakap dan mengarah itu dan ini. Padahal duit dan keringat mereka sedikitpun tidak terluak dan jatuh ke lantai. Menyalahkan orang memanglah senang kerana mereka tidak perlu berbuat apa-apa.

Terbaru menerusi  Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya  ke Harakahdaily dengan hanya bermodalkan air liur beliau mendesak supaya kerajaan bertindak segera sebelum terlambat dengan menghantar kapal terbang bagi membawa keluar seluruh pelajar dan rakyat Malaysia daripada Mesir yang kini kian meruncing akibat kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak.  

Ikuti kenyataan penuhnya di sini.

KUALA LUMPUR, 2 Feb: PAS mendesak kerajaan bertindak segera sebelum terlambat dengan menghantar kapal terbang bagi membawa keluar seluruh pelajar dan rakyat Malaysia daripada Mesir yang kini kian meruncing akibat kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak.  

“Memandangkan keadaan di Mesir yang tidak menentu bahkan keadaan bertambah kritikal, sewajarnya tindakan segera perlu diambil,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ke Harakahdaily.

Tuan Ibrahim turut berkata kerajaan persekutuan mesti memberikan keutamaan kepada keselamatan nyawa rakyat Malaysia kerana keadaan di Mesir semakin tidak terkawal sekarang dan tiada tanda-tanda yang ianya akan reda dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ramai yang membidas kelambatan kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan untuk membawa lebih kurang 10,000 pelajar negara yang kini terkandas di Mesir berbanding negara jirannya, Indonesia.

Pada petang semalam, Indonesia dilaporkan akan menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu manakala kerajaan Malaysia masih lagi sedang menimbang menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

“Kalau pihak kerajaan beria-ia menghantar misi pengaman ke beberapa negara untuk keselamatan dan keamanan negara luar, apakah keselamatan rakyat tidak menjadi keutamaan?

Sudah sampai masanya kerajaan menghantar penerbangan khas bagi membawa keluar rakyat Malaysia, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan negara barat bagi menyelamatkan warga negara mereka yang melancong ke Mesir,” bidas Tuan Ibrahim.

Mengenai keadaan di Mesir, Tuan Ibrahim berkata hanya dengan peletakan jawatan seluruh rejim Mubarak dan satu pilihanraya bebas boleh menstabilkan kembali keamanan di negara tersebut.

“Kita tidak mahu nasib rakyat Mesir menjadi mangsa campurtangan luar, sebagaimana berlaku di Iraq akibat seorang pemimpin, maka negara hancur,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, pada pukul 1 pagi selepas laporan ini ditulis, Bernama telah melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya telah memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara.

Mengikut laporan Bernama, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke Mesir yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir. Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” Najib dipetik sebagai berkata.

Najib juga dipetik sebagai berkata bahawa syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia telah diminta untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya.

Dalam pada itu, blog (http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/) yang melaporkan berita-berita terkini keadaan pelajar-pelajar Malaysia mengesahkan bahawa Putrajaya telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi tengah malam tadi bahawa mereka akan dikeluarkan menggunakan kapal yang berlabuh di Teluk Aden.

“Pelajar di Alex sudah mula mengemas dan berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkan ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG,” kata blog itu lagi.


Kita lihat pula kesungguhan kerajaan dalam menangani isu ini. Ikuti paparan yang siarkan oleh Utusan Online hari ini  (Klik  di sini   )

KOTA KINABALU 2 Feb. – Semua penuntut Malaysia di Mesir, yang kini berdepan masalah berikutan protes ganas yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur, dijangka dipindahkan dari negara itu dalam tempoh empat hari setengah.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan serius dalam usaha untuk membawa keluar warganegaranya dari Mesir dan telah mengaturkan untuk menerbangkan mereka dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi.

Selain tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir hari ini, katanya, pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang juga dijadual berlepas ke Kaherah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang hari ini.

"Pesawat itu juga akan membawa barangan makanan untuk pelajar Malaysia di Mesir,” katanya kepada pemberita di sini.

Anifah berkata, sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747, yang boleh membawa 285 penumpang, akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok.

"Kami menjangkakan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah,” katanya. 

Beliau berkata, kerajaan sedang menguruskan visa sementara dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan penuntut berkenaan dipindahkan ke Jeddah. – Bernama 

P/S - Seperti  biasa isu-isu yang mengkehendakkan semua orang Islam bersatu  atau melibatkan keterlibatan semua orang Islam tanpa mengira apa fahaman parti mereka, namun PAS sentiasa dilihat tidak jujur dengan mengambil kesempatan untuk  meneguk di air keruh bagi keuntungan politik mereka. Hanya pandai  mengarah itu dan ini selain menyalahkan kerajaan adalah mainan politik PAS.

Pembaca nilailah sendiri keikhlasan mereka. Sanggupkah Nik Aziz, Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mahfuz Omar bersusah-payah naik kapal bagi menyelamatkan saudara kita di Mesir? 

Kita tunggu jawapan daripada pimpinan tertinggi PAS.....




5 comments:

Anonymous said...

Cakap pandai bagi arahan pun pandai salah orang pun pandai pendek kata semua depa pandai kalau bagi memerentah lingkup Negara, hancuk lebok meluat aku dengan telatah Pembangkang harap PRU13 ini mereka tahu langit tinggi atau rendah yang tu yang pak Aji harap sangat nak tengok tu.

Anonymous said...

memang dasar pembangkang.............pakai ayak liuk je.... tak perlu kluar modal

Anonymous said...

biorkan jee....budak2 kat mesir yg kerajaan taja dah pandai gigit tangan yg menyuap mulut mereka...kerana hasutan PAS yg bangall tu...suruh je Khawrij PAS g selamatkan pelajar mereka tu..tuuiih

Anonymous said...

Porah PAS PIS PUSSS... kalau setakat pandai cakap je, baik tak yahlahhh. Dikedai-kedai kopi tu belambak politikus setaraf mereka ini. Takkah kita ingat lagi bagaimana Kerajaan Negeri Kedah menguruskan bencana banjir baru-baru ini? Hampeh! Bab menilai dan mencacat orang memang itulah PAS.

Hai PAS PIS PUSS.. apalah lebihnya parti kamu itu kini. Sebusuk-busuk UMNO pada pandanganmu itu tidaklah sampai menjadi barwa MCA-MIC-Gerakan.

PRU Tenang menunjukkan orang ISLAM-MELAYU tolak PAS PIS PUSS ni. Lebih 60% undi diterima PAS PIS PUSS ini datangnya daripada DAP-CINA... Adakah ini petunjuk mereka telah berjaya PAS tarbiahkan dan mula menghargai ISLAM?

Yes! memang ya bagi PAS PIS PUSS yang KEMARUK kedudukan pada pentas politik negara. Tahap kemaruk kedudukan dalam politik ini saya rasa lebih hebat berbanding UMNO sendiri.

Salam semua (R)... said...

Terima kasih di atas sokongan anda semua.