Tuesday, November 29, 2011

Lagi-Lagi Pemimpin DAP Ini Yang Selalu Terkantoi... Kali Ini Pasal Sos Tiram Pula….


Salam semua®…

Seperti yang penulis siarkan semalam (klik di sini  ), hari ini tembelang dan fitnah pembangkang terus terbongkar lagi dan kali ini giliran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula menjelaskan bahawa sos perasa tiram yang ditarik balik dari Kedai 1 Malaysia (KR1M) ekoran melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 sebenarnya hanyalah tohmahan  pembangkang dan ianya  tidak benar sama sekali.

Itulah suka buat serkap jarang sangat. Lain kali, perkara semacam ini janganlah dok memandai. Seorang dua bolehlah mereka tipu, tetapi perkara ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Malunya ..manalah hendak letak muka?

Pada pandangan penulis, sikap negatif sebegini sepatutnya tidak diamalkan oleh seseorang yang bergelar pemimpin kepada rakyat.  Sebagai pemimpin kepada parti pembangkang, mereka sepatutnya berhemah di dalam apa jua tindakan serta perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang boleh menjadi ikutan ahli-ahli dan pengikut yang lain.

Sikap pemimpin mereka yang kerap membuat serkap jarang yang tidak berpandukan kepada fakta,  amat-amat memalukan kita semua.

Pemimpin seperti inikah layak mentadbir di Putrajaya?

Ikuti petikan laporan yang disiarkan oleh Utusan Online hari ini:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan sos perasa tiram yang ditarik balik dari Kedai 1 Malaysia (KR1M) ekoran melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah gimik pembangkang semata-mata dan ianya tidak benar.

Sebaliknya, Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah ekoran masalah penglabelan dan bukan seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Menurutnya, sos tersebut seharusnya dilabel dengan sos perasa tiram dan bukannya sos tiram kerana bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. - Utusan

P/S - Lepas ini agaknya Sos Budu pula. Ada ke ?....

Monday, November 28, 2011

Kerja Keras DS Najib Diakui oleh Tun Dr Mahathir...



Salam semua®…

Ha…ini baru betul. Kali ini saya sokong 100% kenyataan Tun Dr Mahathir. Sepatutnya dari dulu lagi Tun perlu memberi sokongan moral yang padu kepada kerajaan di bawah pimpinan DS Najib. Tindakan Tun yang asyik mengkritik dasar pimpinan  DS Najib sebenarnya tidak memberikan impak yang baik kepada kekuatan orang Melayu dan kerajaan BN keseluruhannya.

Walaupun Tun tidak lagi di dalam kabinet, sekurang-kurangnya pengalaman mentadbir yang Tun miliki dapat diterjemahkan dengan lebih efektif jika ianya  disusun dengan lebih teratur, dibuka dan dihuraikan di dalam hubungan yang lebih mesra di antara pemimpin lama dengan pemimpin baru. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Saya amat tersentuh bila Tun mengungkap kata-kata sebegini;

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,”

Apa yang penting etika kerja bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh DS Najib sejak memegang tampuk pemerintahan, sekurang-kurangnya mendapat pujian ikhlas daripada Tun.

Memang betul apa yang diungkapkan oleh Tun itu, kadang-kadang penilaian daripada orang luar ternyata lebih baik daripada penilaian dalaman kita sendiri. Sebab itulah kita mesti yakin dengan kemampuan pimpinan masa kini.

Masakan Tok Guru tidak percayakan kemampuan bekas anak didiknya (dalam kabinet)  sendiri?

Ayuh, pandanglah ke hadapan, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.

Ikuti laporan berita terkini yang dilaporkan oleh Utusan Online:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, Najib berdepan “kesukaran” berikutan mempunyai majoriti kecil di Parlimen dan perlu menguruskan krisis.

"Beliau tidak mempunyai majoriti seperti mana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran,” katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis makan tengah hari untuk perwakilan yang menghadiri Forum Antarabangsa bertema“Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global” sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini. - Bernama

YB TONY PUA SUDAH KECUT PERUT DAN TERPAKSA BUAT FITNAH LAGI BAGI MENUTUP TEMBERANGNYA DULU…


Salam semua®…

Penulis masih ingat lagi akan kenyataan media oleh salah seorang jurucakap ‘glamour’ kepada Pakatan Rakyat ketika ini, YB Tony Pua yang baru-baru ini membuat kenyataan berupa fitnah bahawa kandungan susu formula bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. Baca di sini.

Tetapi, AMAT MALANG BAGI BELIAU, selang beberapa minggu selepas itu laporan berita daripada beberapa media ternama di Malaysia telah menceritakan sebaliknya. Selepas pemeriksaan dan penelitian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ternyata dakwaan YB Tony Pua adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Amat memalukan, kerana serkap jarang beliau telah memakan dirinya sendiri dan PR keseluruhannya.

YB Tony Pua sebenarnya mempunyai banyak kelemahan sebagai pemimpin politik dan beliau selalu dilihat di antara pemimpin PR yang kurang membuat ‘home work’ bila bercakap dan ketika memberikan kenyataan kepada media pula, keterangan yang dibuat selalunya tidak bersandarkan kepada fakta yang betul selain berlagak bahawa beliau pandai di dalam semua perkara.

Belumpun sempat beliau menjawab fitnah yang dilontarkan kepada pengusaha yang menjual susu formula bayi di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), tup-tup  hari ini beliau tampil sekali lagi dengan lagak biasa beliau memfitnah usaha-usaha murni yang dilakukan oleh DS Najib   kepada rakyat Malaysia.

Ikuti fitnah-fitnah terkini oleh YB Tony seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider;

Meskipun Datuk Seri Najib Razak sudah memulakan kempen prapilihan raya dengan siri pengumuman transformasi politik, pemimpin-pemimpin politik khususnya pembangkang melihat pendekatan ‘mesra’ itu boleh terhakis dengan dakwaan kelemahan pentadbiran dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak kebelakangan ini.

Susulan perutusan Hari Malaysia, Perdana Menteri memansuhkan tiga deklarasi darurat, mahu membawa dua akta baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menggugurkan Seksyen 27 Akta Polis dengan undang-undang berkaitan dengan perhimpunan aman, membentuk jawatankuasa pilihan khas mengkaji sistem pilihan raya dan memberi kebebasan kepada penuntut institusi pengajian tinggi menyertai politik dengan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Bagaimanapun isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan dana awam RM250 juta dan kadar inflasi 3.4 peratus bagi tempoh dua bulan berterusan kekal sebagai satu cabaran kepada pentadbiran Najib meskipun mencatatkan populariti peribadi pada paras 59 peratus.
“Dengan Pakatan Rakyat menggunakan skandal NFC dengan maksmum (dalam pertemuan) dengan komuniti kawasan luar bandar, ditambah dengan kenaikan harga barang dan pendapatan pula kekal tidak berubah, kemungkinan tsunami senyap di kubu kuat tradisi Barisan Nasional (BN) tidak boleh diketepikan begitu sahaja,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menggambarkan projek NFC sebagai sesuatu yang bermasalah.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa dana NFC juga digunakan untuk perbelanjaan peribadi keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali dan projek itu digambarkan sebagai satu kegagalan.
Pua (gambar) berkata pengumuman-pengumuman besar oleh Najib tidak membawa harapan besar ke atas pembaharuan yang mahu dibawanya memandangkan perdana menteri itu tidak memberi penekanan ke atas isu-isu yang diketengahkan oleh Ketua Audit Negara.
Sebagaimana disaksikan ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pua menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang cuba mengelak daripada mengambil pendirian jelas dalam isu-isu utama.
“Paras popularitinya tidak tinggi sangat berbanding Abdullah Badawi sebelum pilihan raya umum lalu, jadi saya tidak akan terkejut jika keputusan pilihan raya umum akan datang, sekali lagi mengatasi jangkaan banyak pihak termasuk Najib dan Umno sendiri,” kata wakil rakyat DAP ini.
Pendekatan ekonomi Najib yang bersifat “meleleh”, kata Pua, tidak membantu menangani persekitaran ekonomi yang sukar dan pemberian wang tunai dan pengumuman “projek mega” tidak banyak membantu rakyat biasa negara ini.
Kerajaan mempertahankan paras pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada tahun depan. Bagaimanapun kebanyakan firma penyelidikan menjangkakan bahawa pertumbuhan Malaysia adalah antara tiga hingga lima peratus.
Awal minggu lalu, Bank Dunia berkata ekonomi Malaysia dijangka terus perlahan pada tempoh berbaki tahun ini dan awal 2012 ekoran kemerosotan permintaan luaran dan menjangkakan pertumbuhan sekitar 4.9 peratus tahun depan.
Laporan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) September lalu menjangkakan pertumbuhan 5.2 peratus tahun ini dan 5.1 peratus pada 2012 bagi Malaysia.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menekankan bahawa Najib selalu mengelak daripada bercakap mengenai isu-isu berkaitan skandal kerajaan dan sentiasa membiarkan menteri atau timbalannya memberi respons.
“Sikap menjauhkan diri adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan beliau,” kata beliau sambil menambah, sikap terlalu berhati-hati itu akan membawa kesan berlawanan di kalangan pengundi dan pemimpin Umno sendiri.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai penggal pertama ini berkata, laungan tiba-tiba Najib dalam soal hak asasi manusia bertujuan mendapatkan sokongan di kalangan rakyat Malaysia kelas pertengahan yang menurutnya kebanyakan adalah penyokong Pakatan Rakyat.
P/S - Bolehkah dipercayai cakap-cakap pemimpin seperti ini?