Tuesday, November 29, 2011

Lagi-Lagi Pemimpin DAP Ini Yang Selalu Terkantoi... Kali Ini Pasal Sos Tiram Pula….


Salam semua®…

Seperti yang penulis siarkan semalam (klik di sini  ), hari ini tembelang dan fitnah pembangkang terus terbongkar lagi dan kali ini giliran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula menjelaskan bahawa sos perasa tiram yang ditarik balik dari Kedai 1 Malaysia (KR1M) ekoran melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 sebenarnya hanyalah tohmahan  pembangkang dan ianya  tidak benar sama sekali.

Itulah suka buat serkap jarang sangat. Lain kali, perkara semacam ini janganlah dok memandai. Seorang dua bolehlah mereka tipu, tetapi perkara ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Malunya ..manalah hendak letak muka?

Pada pandangan penulis, sikap negatif sebegini sepatutnya tidak diamalkan oleh seseorang yang bergelar pemimpin kepada rakyat.  Sebagai pemimpin kepada parti pembangkang, mereka sepatutnya berhemah di dalam apa jua tindakan serta perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang boleh menjadi ikutan ahli-ahli dan pengikut yang lain.

Sikap pemimpin mereka yang kerap membuat serkap jarang yang tidak berpandukan kepada fakta,  amat-amat memalukan kita semua.

Pemimpin seperti inikah layak mentadbir di Putrajaya?

Ikuti petikan laporan yang disiarkan oleh Utusan Online hari ini:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan sos perasa tiram yang ditarik balik dari Kedai 1 Malaysia (KR1M) ekoran melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah gimik pembangkang semata-mata dan ianya tidak benar.

Sebaliknya, Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah ekoran masalah penglabelan dan bukan seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Menurutnya, sos tersebut seharusnya dilabel dengan sos perasa tiram dan bukannya sos tiram kerana bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. - Utusan

P/S - Lepas ini agaknya Sos Budu pula. Ada ke ?....

No comments: